Cuci usus dengan Set Detox
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya. Saya doakan kepada pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rejeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat
Kenali maksud Detox
Detox adalah satu proses dimana proses pengeluaran atau pembuangan
toksin yang berlebihan di dalam badan. Bila badan kita mengeluarkan toksin yang berlebihan ia akan memudahkan proses penyerapan Nutrien di dalam badan.
Detox juga berfungsi untuk membantu tubuh badan kita berfungsi dengan lebih baik dan untuk mengekalkan tubuh kita lebih sehat. Antara Organ organ utama badan kita yang bekerja dalam proses
Detox secara optimum ialah
kulit,
usus,
hati,
buah pinggang dan
paru paru.
Organ Organ penting ini bekerja secara semula jadi dan akan menghapuskan
toksin dalam badan dengan mengeluarkan peluh, kencing serta pembuangan air besar
Dari Mana Toksin Datang
Perhatikan Rutin harian kita semula
Toksin ini terhasil daripada Pemakanan seharian kita dan perkara ini tidak dapat dielakkan, cuma kita dapat meminimakan kemasukan
Toksin kedalam badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan organik
.
Malangnya pada Zaman ini, kita jarang sekali mengamalkan gaya hidup sihat dan kita lebih terdedah kepada makanan yang tinggi kolestrol dan tentunya tinggi tahap
Toksin. Hari ini, tahap
Toksin lebih banyak diserap oleh badan berbanding dengan tahap penghapusan dan pengeluaran
Toksin
Toksin berlebihan juga akan menyebabkan
Kentut berbau busuk ! anda boleh baca kisah
Kentut Berbau di
Sini !
Waktu Badan Melakukan Detox Secara Semula Jadi
Jadual tubuh melakukan Detox
1. 9.00 p.m – 11.00 p.m malam hari adalah waktu paling sesuai untuk pembuangan zat-zat yang tidak berguna di bahagian sistem antibodi . Sepanjang waktu ini, kita harus berada dalam keadaan tenang dan lebih elok kita banyakkan berzikir untuk lebih tenang. Elakkan juga sibuk bekerja di waktu-waktu ini.
2. 11.00 p.m – 1.00 a.m dinihari terjadi proses detoxin di bahagian hati
3. 01.00 a.m – 3.00 a.m dinihari proses detoxin dibahagian hempedu, ianya juga berlangsung ketika sedang tidur.
4. 3.00 a.m – 5.00 a.m dinihari terjadi detoxin dibahagian paru-paru, sebab itu kadang kita terbatuk pada waktu ini. Kerana proses pembersihan (detoxin) telah mencapai saluran pernafasan, maka kita tidak perlu minum ubat batuk agar tidak menggangu proses pembuangan kotoran. Seeloknya cukup sekadar mengambil secawan air mineral sahaja
5. 5.00 a.m – 7.00 a.m detoxin di lakukan dibahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan. Kalau ditahan boleh menyebabkan kentut berbau seperti yang diceritakan di entry lepas. Kisah Selanjutnya di
Sini
6. 7.00 a.m – 09.00 a.m waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi kita harus makan time pagi / sarapan.
Kesan Toksin Berlebihan
Toksin yang berlebihan juga boleh menyebabkan toksik badan yang kronik dan akan menyumbang kepada beberapa penyakit Kronik seperti Obesiti, Kencing Manis, Kemurungan, Resdung, Kulit Muka Kusam, Jerawat, Stress dan ini dikaitkan kerana kurangnya Nutrisi dan bahan yang tidak diperlukan di dalam badan.
Dalam Keadaan ini tubuh badan kita akan kehilangan keupayaan semulajadi untuk menyingkirkan toksin dan bahan buangan. Pada ketika ini kita kehilangan keharmonian semulajadi dan keseimbangan tubuh badan kita
Kenapa Perlu Detox
Sepanjang saya hidup ini saya cuma kenal dengan nama
Detox sahaja tapi tak pernah langsung ambil berat tentang
toksin yang bertapa dalam badan. Kalau mengharapkan exercise je dulu memang tak laa nak exercise, Kalau bersukan pulak ada je alasan nak elak bersukan konon nanti penat laa, sakit badan laa, tak ada masa laa. Padahal
Malas nak exercise, jangan cerita pasal bersukan lagi laa. haha
Tapi dalam pada masa sama mengharapkan badan bekerja dengan baik tanpa keluarkan peluh atau
Detox secara semula jadi sahaja. Then kalau makan pulak, segala jenis makanan duk sumbat je kan tapi yang bestnya berat badan maintain je tak naik naik, badan jenis susah nak kembang macam tu laa. Sampai makan pon tak jaga kan. Fast Food ? itu antara
makanan kegemaran saya dulu.
Akibatnya saya perasan bila usia saya semakin meningkat, badan saya jadi
cepat letih, lesu dan sering mengantuk begitu juga di bahagian muka. Muka saya sentiasa kelihatan
Kusam tak bermaya dan
jerawat mula timbul waktu ini.
Resdung yang sememangnya mula berjinak jinak dengan saya pada waktu ini, Semakin menunjukkan belang yang amat terukk dan saya mengalami Keradangan yang hampir setiap hari dan setiap pagi dan ianya sangat merimaskan
Hingga la pada suatu hari saya diberi ilham untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah saya. Kemudian selepas beberapa kali berblog walking baru saya jumpa sebab saya untuk mulakan langkah saya dengan
Detox. Saya memulakan proses
Detox untuk memerangi masalah
Resdung saya pada waktu ini yang semakin teruk.
Bagi saya
Detox ini penting bukan hanya untuk menyingkirkan
Resdung tetapi bila kita mulakan langkah dengan
Detox. Proses
pembersihan usus dan
toksin yang berada di dalam badan juga berlaku ketika ini. Dimana segala jenis
Toksin -
Toksin jahat yang selama ini bertapa di dalam badan, saya perlu singkirkan dahulu sebelum mengambil langkah untuk men "Suci" kan muka semula.
Detox ini juga sangat diperlukan kerana selepas proses pembersihan usus dan Detoxin, proses ini dapat membantu tubuh badan saya menyerap Nutrien dari apa jua jenis Supplement yang saya ambil kerana ia memudahkan proses penyerapan Nutrien ke dalam tubuh badan secara menyeluruh.
Alternatif Moden untuk Detox
Segalanya mula berubah selepas saya berjumpa dengan
Set Detox Shaklee dan saya tidak perlu membuat air
Detox kerana bagi saya, untuk membuat air
Detox itu sendiri sudah mencuri masa saya. Jadi untuk elak kegiatan mencuri masa untuk membuat air
Detox, saya lebih suka cara yang lebih cepat dan mudah alih dengan
Set Detox Shaklee
Detox lebih mudah bila kita tahu caranya dan saya lebih suka
Detox dengan bantuan
Set Detox yang diberikan
dalam membantu badan kita memproses
Detoxin secara semulajadi.
Set Detox ini juga antara
Set kegemaran dalam
Set Shaklee kerana rata ratanya sebelum mengambil
Set Shaklee yang lain. Kami as a Distributor biasanya suggest
Set Detox terlebih dahulu untuk kesan yang lebih menyeluruh demi membantu menyelesaikan masalah mereka.
Set Detox terbahagi kepada
Alfafa Complex,
Herblax,
DTX Complex.
Kebaikan Alfafa Complex Shaklee
1
. Melawan Alahan - membantu mereka yang menghadapi masalah hidung dan kulit sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air
2.
Klorofil di dalam
Alfafa dipercayai dapat mencuci, menyembuh dan membuang toksin dalam darah
3. Bantu menurunkan kadar
Kolestrol
4.
Melancarkan Penghadaman
5. Bantu
menstabilkan kadar gula dalam darah
6. Menghilangkan Kelesuan
7. Meredakan
keradangan pada Kulit
Kebaikan Herblax Shaklee
Herblax Shaklee membantu merangsang pengecutan otot usus secara semulajadi. Ini membolehkan penyingkiran sisa sisa yang terperangkap dalam usus dan mengelakkan penyerapan toksin. Ia tergolong dengan adik beradik julap yang lembut dan
sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus
Herblax Shaklee juga dapat membantu meningkatkan
pengaliran darah,
mengurangkan bau badan,
memerangi jerawat,
melegakan sembelit, penyelesaian dalam entry
Kentut Berbau dan memaksimakan fungsi Usus
7 herba semula jadi yang terlibat dalam penghasilan
Herblax
- Alfafa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati
- Senna leaves - Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses Detoxin dan mengurangkan penyerapan lemak
- Anise Seed - Meransang Pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
- Blue Malva Flower - Membantu proses Detoxin dan mengimbangi tekstur kulit
- Buckhorn Bark - Melembutkan Najis untuk memudahkan proses pembuangan
- Fennel Seed - Mengeluarkan Toksin yang terkumpul akibat lelehan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit
- Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
DTX Complex
DTX Complex shaklee menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi Hati yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Makanan kesihatan ini telah dihasilkan dari gabungan 6 Jenis herba terpilih dengan antioksida untuk mengekalkan sel sel hati yang sihat
- Pokok Susu Tisel - Kaya dengan bahan antioksida
- Schizandra Chinensis Seed - Memperlahankan pembentukan toksin
- Cendawan Reishi ( Ling Zhi ) - Membina Immun
- Dandelion - Membantu sebagai Julap lembut
- Kunyit - Meningkatkan Kesan anti - keradangan
- Artichoke - Membina semula sel sel hati
Saya Sedia Membantu
Setiap pembelian produk Shaklee, saya akan berikan konsultasi secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak perlu risau mengenai cara pemakanan produk shaklee.
Kesihatan anda adalah Keutamaan bersama jadikan Kesihatan kita sebagai
Harta paling Berharga
Dengan Setiap Pembelian produk, Anda dijemput untuk menerima :-
Jadual makan Vitamin Secara Percuma
Konsultasi secara berterusan
Peluang menjana pendapatan bersama Shaklee ( Exclusive )
Belajar dari mereka yang terbukti berjaya ( Exclusive )
Menukar cara hidup dari Biasa Biasa ke Luar Biasa ( Exclusive )
Belajar menggunakan teknik "Jemput - Jemput" ( Exclusive )
Nama : Mohd Eddi
Call / Whatsapp / Telegram : 017 - 2277675
Shaklee ID : 1144616
Email : eddigigai@gmail.com
0 comments: