Sumpah Seorang Ibu
Assalamualikum wbt ,
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda doa KASIH dan CINTA seorang ibu kepada anaknya . Doa Ibu adalah doa paling MUJARAB dalam dunia ini sebab itulah SYURGA terletak di BAWAH kaki seorang IBU . Ramai yang sudah tahu akan perkara ini tapi berapa ramai yang meminta doa pada ibu hari ini ?
Sedangkan Ibu yang melahirkan kita ini MENATANG kita bagai MINYAK yang penuh dari kita mula lahir ke dunia hingga la meningkat dewasa . Setiap pengorbanan ibu tiada ternilai untuk dibandingkan dengan jasa kita hari ini untuk mereka . Di Setiap kata kata yang keluar dari mulut mereka adalah doa dan bagaimana jika yang keluar dari mulut mereka adalah perkara yang indah indah belaka
Lebih indah lagi apabila Ibu kita mengatakan perkara yang indah indah itu kepada kita . Oleh kerana Doa ibu paling Mujarab kenapa tak minta supaya disumpah Ibu untuk jadi lebih kaya dan lebih baik ?
Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu kan doa . Selagi Ibu kita masih ada minta lah supaya ibu sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kita dunia akhirat .
Saya membuat perjanjian dengan ibu saya sendiri setelah melihat susahnya beliau Berniaga siang dan malam demi mencari REZEKI. Ye lahh puasa puasa ini lagi seronok berniaga di kedai tetapi masa untuk berbuka dengan keluarga agak padat dek kerana melayan pelanggan yang datang ke kedai kami ketika itu .
Perjanjian kami ini adalah "Jika Eddi berjaya HiT bonus dengan mendapatkan Rm**** sebagai bonus terawal Eddi dengan bisnesss Shaklee pada ketika itu , Eddi mahukan Mak pencen dan duduk rehat dirumah" Ketika itulah beliau MENYUMPAH saya untuk jadi kaya . Walaupun pada mulanya dia agak berceloteh tetapi bila kita dapat yakinkan ibu kita itu adalah salah satu perkara yang dapat membahagiakan kita dan ia dapat memberi semangat untuk kita capai apa jua yang kita inginkan .
Di Bulan Ramadhan ini kita mengharapkan perkara yang baik berlaku pada kita . Alangkah indahnya jika di sepanjang bulan Ramadhan ini saya di SUMPAH sebegitu rupa dengan ibu saya dan mengharapkan supaya SUMPAHAN beliau termakbul
Insyallah
0 comments: