Mati Sebab Maggi
AssalamualaikumTerima kasih pada mereka yang sudi mengunjungi blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi lagi sebuah cerita dengan anda.
Sebuah kisah tentang Maggi dan sejauh mana pengetahuan kita tentang Maggi.
Ye Maggi ..
Uniknya Maggi
Bagi saya Maggi ini sangat unik cuma perlu rendam dalam air panas selama 3 minit and dia dah panggil uolss datang untuk makan. Syahduuu je dia masuk perut dan yang paling best lagi, Maggi ni ada banyak jenis. Maggi Kari, Maggi Tomyam, Maggi Goreng, Maggi Sup dan macam macam lagi boleh ikut kehendak hati.
Kene plak kita masak Maggi tu, macam - macam benda kita tambah. Kalau saya yang masak Maggi tu, saya suka Maggi Kari, so kalau masak Kari mesti laa ada bau bau herbs sikit, ada rasa pedas - pedas sikit kan ?
Sebab tu kalau saya masak Maggi antara bahan wajib saya letak dalam tu mesti cili padi, telur, kene pulak dapat telur setengah masak kuning dia siap bole goyang - goyang lagi. Then kasi bau bau bawang sikit bagi menaikkan lagi aroma Maggi tu. URMMMM tulis entry ni ja da terbayang Maggi depan mata.
*terliur*
then Perasan tak dalam sepeket Maggi tu yang asalnya mee tu keras - keras je, nak patahkan pon senang siap ada bunyi kriukk kriukk lagi kan. hehe
Tapi lepas kita rendam dgn air panas kenapa dia tak melekat antara satu sama lain ?
Sedangkan sebelum dia kene rendam tu elok je keras melekat macam merpati dua sejoli.
Hmm Hairan khenn ?
La ni nak pecah rahsia kenapa Maggi tu jadi macam tu.
Rahsia Maggi Terbongkar
Maggi ni nak di ikutkan sangat murah dengan harga sepeket Maggi cuma lebih kurang dalam Rm5 dan terdapat 5 bungkus dalam setiap peket tu. Kebiasaanya mereka yang terdiri dari golongan Pelajar Universiti yang kerap dan suke sangat makan Maggi ni. Lagi - lagi yang duduk hostel @ menyewa rumah
Terutama time duit PTPTN tak masuk lagi kan. Masa time tengah Pokai memang Maggi je lah yang dia orang hadap tiap masa.Stok maggi masa ni mesti bertimbun timbun, Mana tak nya Jimat pon Jimat dengan RM5 jer dah dapat 5 bungkus, bermakna boleh makan 5 kali so kat sini automatik dah dapat berjimat konon - konon ikat perut lah makan Maggi tu. hehe
Maggi ni pulak senang je nak dapat, pergi lah mana mana kedai runcit atau kedai serbaneka konfem ada 1 rak khas untuk Maggi dan makanan segera yang lain. Begitu juga di Pasar raya besar, bermacam macam jenis dan jenama makanan segera disediakan di situ.
Maggi ni pula nak di ikutkan tak de lah heavy kalau nak dibandingkan makan nasi sepinggan kan. Sebab tu kadang ada certain orang yg diet tak makan nasi tapi sebagai alternatif lain dengan makan Maggi. Mana tak nya dah laa senang nak dapat, murah pulak tu, soal rasa konfirm konfirm boleh ikut selera kan
Merungkai Kisah Maggi
Tahukah anda kandungan tentang pelik ini ?
Apa kesan yang kita dapat jika kerap makan Maggi ni ?
Bagi mereka penggemar makanan segera ini, anda perlu tahu bahawa anda perlu berhenti makan makanan segera selama 3 - 4 hari dulu sebelum mengambil paket yang seterusnya. Ini kerana makanan segera seperti Maggi ini mengambil masa 3 - 4 hari untuk complete digest.
Sebenarnya saya adalah bekas penggemar makanan Mee segera ini, selepas saya dapat tahu salutan wax ke atas makanan ini. Inilah punca kenapa Mee tidak melekat antara satu sama lain selepas ia masak.
Beberapa tahun lalu,
Seorang Pelakon pernah disahkan menghidap Barah selepas mengetahui punca Barah datangnya dari Wax ini, dimana dia terlalu busy dengan karrier dan memilih untuk mengambil jalan mudah dengan makan Mee segera setiap hari. Begitu juga dengan kisah Pramugari yang menghidap barah kerana kerap makan Mee segera.
Ramai di antara kita yang sedar akan kewujudan Maggi ini tapi berapa ramai yang Aware akan masalah ini ?
Sedar atau tidak Maggi ini juga boleh menimbulkan ketagihan yang melampau dalam kehidupan harian kita. Bertambah pula dengan perisa yang mengikut selera dan cita rasa kita, Maggi ini juga punca badan seseorang itu naik jika di amalkan pada waktu malam sebelum tidur.
Jika sebungkus Maggi mengambil masa 3 - 4 hari untuk Complete Digest dan ada di antara kita yang mengamalkan pengambilan Maggi ini hari hari nak pulak time malam before tidur. Bayangkan berapa lama dia duduk dalam sistem pencernaan kita. Lepas makan Maggi terus tido, Tak berulat pulak kt dalam perut tu ?
Saya pernah berbual dengan seorang Makcik yang saya panggil dengan nama Glamour dia Ibu. Ibu ini seorang yang hebat memasak terutama masak Nasi Ayam and actually saya belajar masak Nasi Ayam dari Ibu ni lah. hehe
Ibu pernah cerita pada saya, suatu hari dia buang lebihan air / kuah Maggi di hadapan rumah dia, dimana terdapat sedikit kawasan berumput di halaman rumah tu. Selepas beberapa hari, ibu perasan yang rumput di kawasan ibu buang lebihan kuah Maggi itu Mati menjadi kekuningan. Sejak dari itu Ibu sedar bahayanya Maggi ini dan tidak memanjakan anak anak ibu untuk makan Maggi lagi.
Betul juga tindakan ibu tadi, benda dah jadi depan mata takkan nak biar je kan. Kalau rumput pon boleh Mati Sebab Maggi inikan pulaa . . . . .
Ikuti kisah seorang Pelajar Universiti bekas penggemar Maggi
Testimoni 1
Testimoni 1.1
Testimoni 1.2
Hmm ini antara kesan mereka yang suka sangat makan Maggi terutama student, kerana nak ber saving habis gugur rambut dia buatnya. Kalau 1 sem ada 6 bulan dan sepanjang 6 bulan tu dah menampakkan kesan sampingan, macam mana pula yang makan Maggi secara berterusan selama berbulan bulan lamanya ? hmmmm
Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberi iktibar pada anda dan dapat memberi kesedaran pada mereka penggemar makanan mee segera.
Wassalam
-ME-
Jika anda belajar sesuatu dari saya. Teruskan usaha anda dengan bantu saya untuk Click button Like yang saya sediakan di bawah.
Terimakasih Eddy, akak kena kasi anak baca post kamu..kalau tidak asyik merenget aje nak magggi..kekadang tu boikot tak nak makan benda lain selagi tak dapat maggi...sadis betul kan..
ReplyDeletemaaf, ada juga terdengar dari kawan2, kalau nak makan maggi, lepas rebus mee, air rebusan tu patut buang, masak dengan air rebusan lain kerana air dari maggi yang keras tu ada bahan kimia untuk mengeraskan mee berkenaan, maaf jika tersilap.
ReplyDeleteMee segera dihasilkan dari tepung gandum dan oenghasilannya amat mudah dan tiada berkaitan dgn bahan kimia yang ditunjukkan dalam table yg diberikan. Mengapa mee segera x melekat.. benda ini mudah.. mee segera asalnya mcm mee kuning.. dan ianya dikeringkan dgn cara fryer dgn minyak masak..ini dah tentulah ada kesan minyak pada mee tsbt..dan jika mee segwre yg kering ini di kenakan air..yg anda nampak wax itu adalah minyak masak tadi. Makcik tu tuang pada pokok dan pokok mati sebab kesan.minyak pada air telah menghalang daun pokok utk hidup kerana lapisan minyak telah twrkena daun..
ReplyDeleteKes sebenarnya mee swgera ini tidak sesuai diamalkan adalah kandungan garam yang tinggi dalam seasoning..itu baru betul.. jika memakan kandungan garam yg tinggi selalu ianya akan merosakkan badan kita..inilah puncanya.. banyak lagi saya boleh cerita sebb saya tau mana isu sebenar dan mana isu anggapan sahaja tanpa merujuk pada pakar teknologi makanan...
Knp mee segera mengambil masa 3-4 hari utk dicernakan dlm kandungan asid perut ? Knp bukan hanya 3-4 jam sahaja seperti cerna jenis makanan2 lain ? Adakah itu adalah disebabkan mee segera tu telah diawet semasa pembuatannya di kilang mee segera x kiralah jenama apa skalipun Cintan ke, Maggi ke, Ruski ke, Chef ke, Mee Sedaaap ke, Indomee ke or....dh kena bahan awetan seperti wax ?
Delete