Dari Hati

20:39 Unknown 0 Comments


Kenapa tajuk tu Dari hati ?
Kenapa dengan gambar hati itu ?
Ehh , gambar hati Itu ada yang berwarna ada yang biasa ?
Kenapa hati dalam gambar tu bercorak corak ye ?

Mesti anda tertanya tanya tentang gambar kt atas ini kan ? Sebenarnya saya hari ini dengan izin Nya saya mahu kongsikan salah satu RAHSIA penting dalam kehidupan seharian kita . Haa mesti korang pelik kan ? dah laa tajuk Dari Hati tapi tibe - tibe nak kongsi pulak RAHSIA penting , ape benda lahh mamat ni merepek kan ? he he he


Tajuk dari Post saya kali ini bermula pada suatu hari itu saya membaca perbualan di whatsapp group . Mereka membincangkan topik yang akan dibawakan dalam penulisan blog mereka , dalam masa yang sama saya cuma memerhati perbualan mereka . Apa yang menarik tentang perbualan mereka ini bila mereka kekurangan idea untuk mengarang cerita mereka di blog sedangkan apa yang di bualkan mereka sebenarnya banyak manfaat yang dapat saya "CURI" .

Kebetulan pada masa itu saya memegang nota kecik saya dan dengan segera saya catat apa yang mereka bagi saya "CURI" pada masa itu . Nak tahu apa yang saya "CURI" dari mereka sebenarnya ? mereka sebenarnya membincangkan tentang bagaimana seseorang yang mampu menulis blog setiap hari sedangkan mereka baru sahaja mencuba untuk meng "update" blog mereka ketika itu dengan payahnya .

Tiada perkara yang susah melainkan kita yang susahkannya . Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita , kita mestilah memberi yang terbaik untuk untuk jadi yang luar biasa . Setiap perkara yang terbaik untuk luar biasa perlu dimulakan dengan hati yang bersih dan fikiran yang luar biasa .

Ibarat memasak , sesedap mana seseorang itu masak tapi jika hati nya tak ikhlas untuk menyediakan makanan tersebut, kita sendiri dapat merasa kurangnya Jiwa dalam masakan itu , kurangnya perasaan Sayang dalam masakan itu . Setiap perkara yang kita lakukan di atas bumi ini kita mesti lakukan Dari HATI  kerana ia sebuah kunci kejayaan yang besar untuk kita kecapi suatu saat nanti .

Setiap manusia mempunya isi hati yang berbeza , setiap manusia mencorakkan hati mereka dengan cara mereka , setiap manusia mewarnai hati mereka dengan warna warna mereka . Jadi bila kita memulakan sesuatu DARI HATI Insyallah kita akan habiskan sesuatu perkara itu dengan mudah dan pertolongan dari Nya .


0 comments: