Dunia Kitchen KU
AssalamualaikumSaya doakan pada para pembaca blog saya sentiasa sehat dan cergas di samping di bawah lindungan Allah.
Saya doakan juga pada pembaca blog saya sentiasa Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat.
Aminn.
Cerita hari ini mengisahkan tentang perubahan Dunia Kitchen Ku
Cerita Bermula Disini
Saya dilahirkan dari golongan keluarga yang menyara keluarga dengan berniaga @ bisness. Arwah bapak menyara kami sekeluarga dengan berniaga jadi kami sekeluarga sudah jadi kebiasaan kami dengan perniagaan @ bisness ini. Perniagaan yang di jalankan keluarga kami ini ialah Restoran jadi kami adik beradik sering dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan.
Tetapi ketika perniagaan bapak saya berada di puncak, apekan daya apabila Malaikat Maut tarik nyawa Arwah bapak kerana sesungguhnya Allah lebih sayangkan beliau. Mari kita sedekahkan Al - Fatihah untuk arwah semoga rohnya di cucuri rahmat dan agar beliau ditempatkan dengan orang orang yang beriman.
Al- Fatihah...
Bergelar Seorang Pelajar
Selepas selesai SPM saya meneruskan pelajaran di salah sebuah Kolej yang terkemuka iaitu di PTPL Shah Alam dalam jurusan Diploma Seni Kulinari. Sekali lagi saya ulang nama kolej saya PTPL ye bukan PTPTL ramai yang tersalah sebut tentang nama kolej saya. Disini saya memperbetulkan sebutan sebenar untuk nama Kolej Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan ( PTPL )
3 Tahun tempoh pembelajaran saya di kolej tersebut banyak mengajar saya tentang kehidupan yang mendewasakan saya di samping belajar tentang makanan.Mulanya terikat dengan jurusan Kulinari bermula kerana pengaruh ASTRO rancangan AFC (Asian Food Channel)
Chef Robert Rainford
Chef Jamie Oliver
Disebabkan terlampau banyak sangat layan AFC secara tak sengaja Chef Robert Rainford ini menarik minat saya ke arah Chef's. Disitu lah saya ambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kulinari. Rancangan paling menarik di mata saya ketika itu ialah rancangan yang dihostkan oleh idola saya sendiri iaitu Chef Gordon Ramsay dan Man Vs Food.
Adam Richman
Kelas Kitchen Pertamaku
Kelas Kitchen pertama di kolej ialah kelas "Larder and Production" basic class ! Pertama kali berjumpa dengan seseorang yang bergelar Chef dan berdiri sebelah beliau buat aku terasa Aura beliau yang kuat sebagai seorang Chef. Muke GANAS, Badan BESAR, Jari BESAR, Suara LANTANG, Pisau BESAR-BESAR, Speaking MAT SALLEH.
Chef Ikram
"this is my knife..there are lots of knife out there like this but this knife is mine..!!"
Nampak macam ganas tapi penyayang orang nya terutama dengan pelajar pelajar nakal macam saya ni. Dia selalu membakar semangat untuk teruskan kehidupan dalam Dunia KitchenKu, Tapi sayang beliau tak lama mengajar kami rakan sekelas dan dialah orang pertama yang mengajar kami cara memegang pisau dengan betul.
Alhamdulillah..
Selepas 3 tahun belajar, saya berjaya menamatkan pembelajaran saya dalam bidang Seni Kulinari dan sekarang bergelar Alumni PTPL Shah Alam. Di sepanjang zaman belajar saya,saya berpeluang untuk menjalani 2 kali sesi latihan industri yang pertama di Cherating Pahang dan kedua di Kuala Lumpur salah sebuah hotel terkemuka.
Cherating
Ketika di Cherating saya menjalani latihan selama 3 bulan, pada bulan pertama saya ditugaskan untuk memotong dan mengenal bahan. Ketika itu kebanyakkan daun daun saya masih tidak kenal jadi kerja saya sebagai tukang potong sayur dan Runner ( tukang ambil daun ). Disini terdapat seorang Chef yang "menjaga" saya selama 3 bulan.
Chef Sagek
Bulan pertama saya agak sengsara kerana Chef Sagek ini kuat memaki hamun dan kuat menjerit di dalam kitchen, dimana saya ketika itu cuma helper beliau dan hidup saya sedikit sebanyak jadi HURA HARA. Setiap kali Pesanan masuk dia akan menjerit "EDDI !!! amek ini !! amek itu !! kau potong ni !! aku nak potongan yang sempurna !! kau ada masa 2 minit !!Kau ni SLOW laa !!"
Itu antara ungkapan yang beliau suka campakkan ketika itu. Di dalam kitchen dia seorang yang tegas dan berdisiplin tapi bila kami lepak luar minum minum dia o.K. Dia selalu cakap kalau lepak di luar tempat kerja "Biasalaa Di time kerja kene wayang". Dari hari pertama hingga la sebulan yang pertama saya perhati cara dia bekerja.
Dari segi pemerhatian saya selama sebulan,baru saya tahu pentingnya ORGANIZE cara kerja dalam Dunia Kitchen. You got a TON of work's and you have to FINISH it in a second ! macam mana nak setel ? ORGANIZE. Bila kita pandai mengatur masa kerja kita maka kerja akan jadi lebih mudah. Perkara ini yang beliau tanam dalam diri saya.
Thank you Chef
Thank you Chef
Bulan ke 2 dan ke 3 Di Cherating Chef Sagek melepaskan saya dan menaruh harapan serta kepercayaan tinggi dengan meninggalkan dapur kepada saya. Pada waktu ini setiap pesanan yang masuk ke Kitchen,Saya yang ditugaskan untuk menyediakannya dalam kata lain saya lah yang kene masak untuk Pesanan tu.
( Buffet Ramadhan )
Latihan Industri ke 2
Di Peringkat LI yang ke 2 sedikit sebanyak saya telah mengimprovekan diri dan lebih mengenali bahan bahan yang sering digunakan berbanding ketika di Cherating. 2 bulan latihan di bahagian kitchen dan sebulan di bahagian servis atau lebih dikenali sebagai Pramusaji.
Cinta saya ibarat berputik semula apabila menjalani latihan di sini kerana PUSH FACTOR saya merudum sebelum sempat saya habiskan belajar dulu dan disini Minat saya semakin berkembang dan lebih berkembang dari sebelumnya. 2 bulan di bahagian kitchen mengubah persepsi saya tentang "Hells Kitchen"
Bulan Pertama di bahagian Kitchen saya dan geng latihan saya perlu "BerPERANG" dengan Buffet Ramadhan di Hotel. Dimana hampir 100% makanan untuk buffet Ramadhan disediakan oleh staff kitchen !Kami berpeluang untuk menyediakan pelbagai jenis makanan ketika ini. Biasa lah masa Buffet Ramadhan ni kelam kabut gila cadbury.
*saya jaga stall Roti John sepanjang Buffet Ramadhan*
Masuk kerja seawal 2pm hingga la habis waktu bekerja kami belum tentu kami dapat duduk untuk menikmati rehat. Kebiasaannya ketika ini waktu rehat untuk berbuka tidak lebih dari 15 minit sahaja untuk berbuka dan solat dalam keadaan bergilir dengan staff
Chinese Set
Malay Set
Agak Perit ketika menjalani latihan semasa bulan Ramadhan tapi bagi saya itu satu cabaran yang tak patut dilepaskan kerana pelbagai jenis makanan dapat di hasilkan dalam kurang daripada 5 jam. Ini kerana kami cuma ada masa 5 jam untuk preparation before war @ Mise en Place. Bermakna Skill Organize dalam kerja perlu di POLISH lagi bagi mempercepatkan proses kerja kami.
Disini kami dilayan seperti keluarga walau kadang kala ada kasar bahasa dalam gurau senda,Ala biasalah Hotel kan. Gambar menunjukkan ketika saya berlatih sebagai Pramusaji tapi walaupun sebagai Pramusaji kami masih melekat dengan Kitchen Team ! Agak terpaksa jugaklahh masuk team Pramusaji masa ini, Tapi nasib baik sebulan je. hehe
Kerja Bermula
Selesai dengan Latihan Industri, Saya bernekad untuk meneruskan kerjaya di Hotel tersebut kerana banyak lagi perkara yang perlu saya Sedut dari Chef Chef yang berada di Hotel ini. Saya diberi peluang untuk mengasah lagi Basic Skill dan memperluaskan pengetahuan saya dalam bidang Kulinari ini.
Kalau dulu masa dalam sesi Latihan kami tidak berpeluang untuk belajar memasak dan kami lebih dikhususkan dalam tugasan memotong sayur sayuran sahaja.Paling Power pon kami diberi peluang untuk masak NASI PUTIH.
Sapa rasa masak Nasi Putih senang ?
say i !
ye memang senang mudah dan simple je masak ni, Alaa cuci beras, ukur paras air then masak laa dia tak kisah laa dalam rice cooker kt rumah pon ok. TAPI ada Tapi dia.
Kalau masak 1 pot besar macam ini mungkin ambil masa sekejap TAPI kalau 1 mesin Rice cooker di hotel tersebut mampu memuatkan 6 pot besar nasi. Bermakna sekali masak 6 Pot nasi putih, nasib baik 6 pot je itupun 1 dah rosak bermakna tinggal 5 pot. Sekali masak 5 pot anggaran nasi masak lebih kurang 25 - 35 minit. Kalau 5 pot, Kalau 25 pot ? kira laa sendiri berapa lama. hehe
Pada mulanya saya ditugaskan untuk masak nasi putih bermula dengan 5 pot sahaja dan 5 pot pertama saya merupakan Kegagalan saya yang pertama dalam memasak nasi putih ! Nasi saya tadi semuanya Lembik !! air lebihhh !! habis kene lanyak kene marah dengan Chef Azman (Malay Chef). T.T sorry Chef
Cukup la sekali sebagai pengajaran dalam buat kesilapan kerana sekali kita buat silap kita akan lebih berhati hati lagi untuk tidak buat kesilapan yang sama supaya tidak berulang kali. Bak kata Adnan Sempit "I dont want banana fruit two times"
Selepas pada itu jangan haraplah aku nak masak nasi lembik lagi!! On the next day masak nasi putih lagi,Tapi kali ini Nasi putih itu SEMPURNA sifatnya.
Selepas pada itu jangan haraplah aku nak masak nasi lembik lagi!! On the next day masak nasi putih lagi,Tapi kali ini Nasi putih itu SEMPURNA sifatnya.
Hari demi hari jumlah nasi putih yang saya masak makin bertambah bergantung pada function pada hari tersebut hingga lah Abang Pyan (Chef Coldkitchen) mengelarkan diriku TOKEY NASI. Ini semua sebab saya masak 25pot nasi seorang dan 1 hari itu ditugaskan untuk bermain dengan nasi SAHAJA.
Ikatan kami sebagai pekerja kitchen dalam hotel semakin rapat membuatkan diri lebih selesa bergaul dengan mereka. Setiap hari ada sahaja perkara baru nak diceritakan, ada sahaja Point untuk membahan antara satu sama lain sehinggakan budak part time bahagian servis kami kacau mereka (Terutama aweks - aweks) hehe. Nasib baiklahh SuperVisor bahagian Servis satu kepala.
The Best Friend is your Best Working Partner
( Mujib )
Kami biasa bekerja berdua bersama sebagai rakan kerja di Malay Kitchen. Segala jenis kerja yang melibatkan kami, Kami akan organize bersama sebaiknya begitu juga ketika "Mengular" hehe.Tak sah kalau tak gelak, Tak sah kalau kitchen tak de "penyeri", Tak sah kalau tak kacau orang sampai kadang chef chef pon kami kacau dia!! hehe
Terlampau banyak yang saya belajar ketika berada di hotel tersebut. Di Cherating kitchen kami berkonsepkan Ala carte mana kala di sini kami lebih kepada Banquet. Di mana Kitchen Banquet hanya menyediakan makanan dalam bentuk kumpulan 100 - 200 pax dan ke atas.
Kami pernah cecah 2000pax sehari !
Kami pernah cecah 2000pax sehari !
Disini saya juga belajar tentang Western set, Chinese set dan Malay set. Ketiga - tiga ini merupakan 3 perkara berbeza dari segi makanan. Sebagai contoh Malay set untuk wedding kebiasaanya mempunyai 5 jenis lauk. Rendang daging, Ayam masak merah, Ikan masak masam manis, Sayur campur dan Sagoo Gule Melaka.
Western Set
Saya ingin mengucapkan ribuan Terima kasih tak terhingga pada Chef Azman, Chef Azmi, Chef Mike, Abang Yusman, Abang Pyan, Praba, Mr Lao ger, Chef Rahim, Akka yang banyak mengajar saya sepanjang saya bekerja dengan mereka.
Meraka bukan sahaja mengajar saya tentang masakan tetapi mematangkan cara pemikiran saya dalam kehidupan seharian.
Dalam sibuk bekerja di kitchen,Selfie perlu ada bagi memeriahkan lagi suasana hehe
Sehingga lah detik detik yang tidak disangka apabila saya dipanggil oleh kakak ipar saya untuk menyiadakan khidmat Katering untuk program Master Maria Firdaus Millionaire in Shaklee dalam program beliau di Menara Yayasan Tun Razak.
Ketika itu saya menyediakan makanan untuk 100 orang / pax dan menu untuk 2 hari itu ialah Nasi ayam dan Nasi ayam berempah dimana saya sendiri yang handle dan bertanggungjawab untuk menyediakan makanan pada program NLP & LUA.
JODOH KU SAMPAI
Melihat keadaan abang dan kakak ipar bertungkus lumus dalam memperkembangkan bisness mereka dengan Shaklee. Membuatkan perasaaan ingin tahu itu semakin kuat dan terdetik untuk bertanya tentang bisness mereka sehingga la sedikit sebanyak saya TERACUN diri saya untuk menyertai Shaklee under Empayar Maria Firdaus #MFMS The Most Happening Shaklee Team In Malaysia.
Alhamdulillah
Allah menunjukkan jalan yang benar apabila menyertai Bisness Shaklee ini dimana saya dipupuk dengan Mentor yang dah terbukti berjaya dan Group yang happening serta sporting gile. Rugi Gile pada saya jika saya tak amalkan ilmu ilmu yang mereka ajar.
Berbekalkan ilmu yang saya timba dari IMKK by DAO saya lebih kenal siapa diri saya yang sebenarnya dan di mana saya patut berada. Selesai kursus IMKK saya bertindak pantas untuk BERHENTI kerja serta merta bagi menjaga aura positif dan kolam jiwa saya dari berkeladak semula.
Balik dari IMKK saya buka semula file file yang terdapat dalam email Indahnya Bisness dengan Shaklee dan mengamalkan MasterChecklist saya. Saya sendiri terasa hidup saya berubah terutama dari segi masa. Kalau dulu kerja 8 jam belum tentu terfikir nak awalkan solat kerana mementingkan kerja yang bertimbun.
Tapi Sekarang tidak lagi, bila lambat 10minit sahaja dah kelam kabut hidup tak senang dibuatnya. Masa saya dengan keluarga juga lebih terluang apabila saya sempat menghantar dan ambil adik ke sekolah menggantikan tempat mak yang biasanya tugas beliau untuk menghantar adik ke sekolah.
Saya juga lebih mengenali solat solat sunat yang sebelum ini cuma pentingkan solat fardhu sahaja. Saya kini belajar solat Dhuha, Tahjjud, Fajar dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Restoran yang kini dijaga rapi oleh mak saya juga dapat saya ringankan beban beliau apabila saya mengambil sedikit sebanyak kerja untuk meringankan lagi beban beliau dan lebihkan masa rehat untuk mak saya. Sehingga sampai pada satu tahap saya boleh "halau" mak saya masuk tidur awal dan biarkan kedai saya yang jaga.
Bila lagi nak berjasa dengan mak sendiri kalau bukan mula dari sekarang. Kalau dulu kerja 8 - 10 jam belum tentu dapat tolong mak dan tengok wajah mak setiap hari tapi sekarang masa dah ada cuma perlu manfaatkan lagi masa yang ada untuk menjaga keluarga.
Kalau dulu kerja pentingkan Gaji kerana pada waktu itu Gaji adalah segalanya tapi sekarang tidak setiap sen yang saya dapat saya akan sedekahkan sebahagian dari itu ke masjid - masjid atau badan kebajikan. Begitu juga ketika saya sedang makan minum di luar ketika ada yang meminta sedekah tangan saya lebih ringan untuk memberi.
"The more you GIVE more you GET"
Jika anda rasa Post saya menarik sila tekan butang LIKE di bawah
Ingin Jana Pendapatan 4 - 5 angka setiap bulan ?
modal serendah RM65
Hubungi EDDI di Talian 017 - 22 77 675
( Whatsapp , SMS , Call , Telegram )
Setiap pembelian anda dengan kami anda akan dapat Free gift
( Whatsapp , SMS , Call , Telegram )
Setiap pembelian anda dengan kami anda akan dapat Free gift
- Cara pengambilan Supplemen dengan betul
- Free Consultant
- Jadual Pengambilan Supplemen
Kau...kau... Chef dik? Waaa... Kagum mak cik.... X de can nk beramah tamah hari tu. Master trus wat klas.... Lain kali kena wat sessi ice breaking!!
ReplyDelete