Kerana Gelap Hajat ku Bersepah

20:56 Unknown 5 Comments

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya nak berkongsi tentang dugaan yang saya terima dan saya redho dengan ujian yang Allah berikan pada saya.

Alhamdulillah

Dalam dugaan saya kali ni saya lebih bersyukur bila di uji sebegini kerana saya tahu Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. Kali ini saya sendiri dapat merasai hikmah bila diuji dan mungkin apa yang saya rasa ini adalah hikmah di setiap kejadian. 

Syukur Alhamdulillah

Saya diuji dengan "Gelap"  dan saya lebih bersyukur di uji begini sebab mata saya lebih terbuka untuk menulis entry tentang Kerana Gelap Hajat ku Bersepah ini. Mata saya lebih terbuka dalam pelbagai perkara. terutama selepas selesai sesi Coaching yang berlangsung semalam 21/9 di rumah Mentor saya. 

Terima Kasih Master sudi curahkan ilmu kat kami semalam.

Mentor saya berpesan dalam sesi Coaching berfikir cara Jutawan semalam untuk mengutamakan Checklist kami. Beliau juga berpesan pada kami bahawa tak kesah lah walaupun bisness apa yang kita jalankan Checklist ni sangat penting. Checklist ini juga saya pelajari selepas saya join Empire MFMS. 

Kalau dulu, saya tak pernah ambil berat betapa pentingnya Cheklist yang patut saya amalkan dalam kehidupan seharian terutamanya untuk permudahkan rezeki. Tetapi, setelah saya faham apa maksud sebenar Cheklist, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam diri saya. 

Apa yang boleh saya katakan, saya merasakan jiwa saya kini lebih tenang berbanding dahulu.

Kalau dulu saya bila diuji, saya cepat melenting dan paling tak best lagi saya lebih cepat terbakorr katakoo. Lagi lagi time kerja lagi laa menjadi jadi walau kadang tu ta disengajakan. Teruknya perangai kauuu. Ego tinggi tinggi nak kemana ?

Kalau Dulu macam tu laa saya, tak nampak perkara yang di sekeliling kita sebenarnya mampu kita kongsikan. Alhamdulillah sejak mengamalkan checklist, saya dapat mengelakkan diri dari banyak perkara yang mensia siakan .

Beginilah Ceritanya

Maksud Gelap itu meluas dan bergantung pada individu untuk mentafsirkan Gelap itu sendiri. Kalau tak percaya cuba cakap kt kawan sebelah ape yg mereka faham dengan ayat Kerana Gelap Hajat ku Bersepah. 

Nak lagi best tanya 2 - 3 orang kawan lain dan dengar pendapat mereka. 

Masalah ini timbul pada malam 21/9 dan berlaku sekitar jam 11pm. Benda ni berlaku di rumah saya sendiri dan saya terkejut setelah sekian lama tak kena macam ni, Gelap tu datang lagi sekali dan menyelubungi saya ketika itu.

Masalah pada Gelap yang saya katakan tadi ialah rumah saya mengalami Blackout dan saya rasa dalam tahun ini, ini adalah yg pertama kali berlaku di rumah.


Pada mulanya agak sukar dan terkejut kerana bekalan elektrik terputus secara tiba - tiba, saya terus bertenggek dekat depan rumah sebab nak dapatkan bekalan wifi yang ter off sebab Blackout tu. Jadi terpaksalah saya on data dekat depan ruma sebab na catch up balik conversation dalam Telegram

Then,

Saya perasan bahawa jiran sebelah rumah saya menghadapi masalah sama, tapi apa yang peliknya selang 2 rumah dari ruma saya bekalan elektrik mereka tidak terputus Selang 2 rumah lagi tidak. 

Kemudian saya perasan bahagian atas rumah saya tiada masalah dengan bekalan elektrik. Walaupun rasa macam pelik tapi benda pertama yang saya fikirkan masa tu ialah Wifi !

Apa lagi terus connect dgn Wifi atas lah kan


Maksud Hajat ku bersepah

Maksud Hajat ku bersepah pula, kalau kita tengah mengerjakan sesuatu perkara macam mana kita nak hadapi situasi itu dengan bergelap ? kalau tengah cuci pinggan macam mana nak buat ? kalau tengah makan, da terbantut makan tu. kalau tengah mandi ? kalau lelaki buang air kecik ? tak bersepah jadinya sebab gelap ? Alaa gurau pon tak bolehh

Macam mana pula yang tengah buat kerja guna PC ? belum sempat save kerja dah hilang. Kalau tengah Study, nak tak nak kene pause dulu study sebab tak nampak. Takkan na baca buku dalam Gelap kan ?
 
Maksudnya kerja kita sedikit sebanyak terganggu akibat Blackout  
 
Sambil duk layan wifi dalam gelap tu, Saya didatangi perasaan aneh yang tak jangka benda nak jadi time tu jugak. Macam mana nak setel ni sbnrnya ? tibe2 pulak dia datang terjah time2 gelap macam ni. 

Dalam kes saya, saya di datangi rasa sakit perut untuk membuang. Tapi kalau nak mudah sebenarnya boleh je guna toilet atas dan setelkan masalah tu. Tapi ! ada tapi dia.

Saya rasa macam tak syok lah sebab boleh setel masalah macam tu je kan? Jadi saya cabar diri saya walau macam mana sekali pon  saya mesti tunai hajat dalam gelap dan saya perlu cari jalan untuk tunaikan hajat saya.

Setiap Masalah Pasti ada Penyelesaiannya

Saya percaya bahawa walau susah mana pon cabaran yang datang itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian paling mudah bagi saya selesaikan masalah ini saya hadapi ini dengan menggunakan lampu flash pada fone sebagai lampu saya ketika itu. 

Nasib baik kat toilet tu ada tempat nak sangkut fone, tak de lah nak kene kemam fone tu sambil tunai hajat kan ? hehe.

Kita masih boleh cari jalan lain untuk selesaikan masalah kita buat sementara waktu sebab kebiasannya bekalan elektrik terputus tak lama. Apa yang saya belajar sewaktu bergelap ni, saya perlu sediakan lilin walaupun tak memerlukan (diperlukan) sekarang. Mana tahu kalau bergelap lagi sekali dah tak perlu kelam kabut. Lagi lagi kalau duduk kt asrama


Selain dari Lilin dan flash dari gadget korang tu. Korang boleh jugak gunakan Torchlight biasa tu dan bagi saya Torchlight ini antara benda wajib yang perlu ada dalam setiap rumah. Kita tak tau bila kita perlukan tapi bak kata pepatah "Be prepared" sama jugak kalau masak. Sebelum masak kene "Mise en Place" dulu


Bagi mereka yang merokok mesti mereka bertindak lebih pantas sebab dalam kocek mereka pasti ada lighter. Nyalakan lighter baru cari Torchlight

Jom Kita Terjah

Saya bertanyakan soalan yang sama kepada beberapa orang kawan tentang Tajuk Kerana Gelap Hajat ku Bersepah. Persepsi setiap orang ternyata berbeza mengikut kefahaman masing masing. Jom Layan


Testimoni 1
Testimoni 1.1
Testimoni 1.2
 Testimoni 1.3
Testimoni 1.4

Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4 *ape laa fikir sampai kesitu* alaa gurau pon tak boleh
Testimoni 5
 Testimoni 6

Alhamdulillah, Tepat pukul 1.11am bekalan elektrik kembali pulih seperti sediakala dan akhirnya dapat la kipas dalam bilik berputar semula menghalau segala nyamuk yang ada. 

Ape kata korang cuba kat kawan korang pulak.

Insyallah 

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menambah seri tawa dalam senyuman anda semua. 

Wassalam

-ME-

Teruskan usaha anda untuk tekan button like di bawah ini bagi menaikkan lagi semangat tawa anda

Ingin Jana Pendapatan 3 - 4 angka setiap bulan ?

modal serendah RM65



Hubungi EDDI di Talian 017 - 22 77 675 
 ( Whatsapp , SMS , Call , Telegram )

Setiap pembelian anda dengan saya anda akan dapat Free gift

  • Cara pengambilan Supplemen dengan betul
  • Free Consultant
  • Jadual Pengambilan Supplemen 














5 comments: