Fakta tentang Kentut Busuk yang ramai orang tak tahu

00:20 Unknown 3 Comments

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Saya doakan kepada pembaca blog saya di murahkan rejeki serta di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Semoga perkongsian saya pada awal Disember 2014 ini dapat memberi manfaat pada anda serta saya harap dengan ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu menyelesaikan kebingungan anda tentang masalah Kentut Busuk

Kenali Maksud Kentut / Buang Angin


aroma kentut yang berbau amat padu

Kita seringkali buang angin / Kentut tapi pernahkah kita terfikir kenapa perlu kentut ? Bagaimana ia boleh terhasil ? adakah kentut sekadar membuang angin dan kenapa kentut kita berbau ?

Kentut / Buang Angin terhasil disebabkan oleh udara yang terperangkap dan udara yang mampat  datangnya dari pelbagai sumber. Sebahagian sumber udara yang terperangkap ini terhasil daripada faktor mengunyah semasa kita sedang makan dan menelan udara ketika kita sedang makan.

Gas akan meresap kedalam usus kita daripada darah dan untuk pengetahuan anda, terdapat juga gas yang dihasilkan oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam usus kita.


9 Fakta tentang Kentut 

1. Kentut terdiri daripada 59 % Nitrogen, 21 % Hidrogen, 9 % Karbon dioksida, 7 % Metana dan 4 % oksigen. Hanya 1 % daripada penghasilan kentut yang mengandungi Sulfur, dan Sulfur adalah bahan utama yang membuatkan Kentut berbau.

2. Kentut mengeluarkan bunyi melalui getaran rektum. Kekuatan ini mungkin berbeza mengikut kepada tekanan dan kekuatan otot sfinker. so tak boleh jugak kalau kita dok Pushh kentut tu keluar sangat konon nak bagi berbunyi ntah ntah nanti benda lain yang keluar pulakk. hehe

3. Lebih banyak pengambilan makanan yang tinggi tahap sulfur tersebut lebih berbau padu lah gas yang keluar itu. Seeloknya kita kurangkan makan makanan yang ber Sulfur tinggi ini terutama pada kacang, kubis, keju, soda dan telur. Ini antara punca utama dalam faktor pemakanan kita yang membantu mengeluarkan kentut yang berbau

4. Rata rata kita menghasilkan setengah liter kentut setiap hari, walaupun ramai golongan wanita di luar sana tidak akan sama sekali mengaku mereka kentut sekerap lelaki. Lelaki lebih selesa mengentutkan diri di mana mana tapi mengikut kesesuaian tempat berbanding wanita yang "sorok" kentut mereka.

Malah Kajian mengatakan apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita lebih cenderung untuk mengeluarkan kentut yang lebih pekat berbanding lelaki

5. Biasanya Manusia akan kentut lebih kurang 14 kali sehari secara purata. Cuba kira dalam sehari berapa kali kita kentut

6. Jika anda kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan dan gas yang terhasil impaknya sama seperti tenaga bom Atom.

7. Sesetengah Pakar berpendapat bahawa kentut adalah sebahagian dari sistem pencernaan semulajadi anda dan menahan kentut tidak memudaratkan. Tetapi ada juga pendapat mengatakan menahan kentut akan mengakibatkan perut kembung, perut sebu dan paling teruk adalah Buasir

8. Gas Metana dan Hidrogen yang terhasil ketika sedang kentut adalah Flammable ! Pernah tengok tak any jokes yang gunakan kentut as a medium untuk keluarkan api sebagai keseronokkan ? bagi saya ianya amat merbahaya

9. Kentut akan keluar secara semulajadi meskipun dalam tidur. Ada juga kes yang tengah tidur dia ingat dia kentut tapi lain yang keluar pon ada. hehe

muka tak bersalah

Kentut sememangnya berbau tapi perlu kita ketahui juga ada beberapa faktor yang menyebabkan mengapa kentut yang kita keluarkan itu beraroma menusuk kalbu. hehe

Kebiasaanya tabiat pemakanan seharian kita memainkan peranan penting dan penyebab utama mengapa kentut kita berbau. Namun jangan khuatir kerana di akhir penulisan saya, saya akan memberi jalan mudah untuk anda mengelakkan kentut anda dari tidak berbau.

Penyebab Kentut Busuk yang Ramai orang tak tahu

Perut terlampau Kenyang dan Ingin membuang air besar

Ketika kita makan dalam kuantiti yang lebih dari sepatutnya, kapasiti perut kita akan berada di tahap terlampau kenyang. Maka perut akan lebih cepat meneutralisi lebihan makanan ke dalam tubuh dan ketika proses ini berlaku tak semua yang kita makan tadi terhadam dengan sepenuhnya. Sisa yang tertinggal ketika proses ini akan menukarkan sisa makanan kepada toksin

Salah satu Cara untuk membuang Toksin atau sisa makanan ialah dengan mengeluarkan dalam bentuk kotoran. Akibatnya orang yang kekenyang lebih kerap buang air besar dan disertai juga dengan melepaskan kentut yang berbau.

Brokoli

Kebiasaannya jika kita makan Brokoli, tubuh kita agak sulit untuk mencernakan brokoli tersebut. Akibatnya makanan akan lebih lama tersekat di dalam usus dan akan menciptakan lebihan gas kentut yang berbau akibat dari Kandungan seratnya yang tinggi.

Daging

Kerap memakan daging lembu kebiasaanya akan menciptakan kentut yang berbau, ini kerana perjalanan daging untuk di hadam mengambil masa yang lama hingga proses pencernaan pun akan menjadi lambat dan pengumpulan gas berbau akan terhasil di sini.

Telur

Telur yang kaya dengan protein juga adalah salah satu penyumbang terbesar terjadinya kentut berbau

Kekacang

Jika Telur dan Daging menjadi punca untuk kentut berbau, Kekacang pula ibarat Volume pada kentut tersebut. Ade yang nak try makan kekacang lebih ? mana tau nak test Volume Kentut tu. hehe

Cara untuk memerangi Kentut Busuk

Ubah tabiat dan cara Makan

Kalau ada diantara kita yang makan secara terburu - buru, Makan Berdiri, ataupun sambil berjalan ia boleh menyebabkan perut kembung dan memampatkan gas dalam perut. Begitu juga minum air ketika makan kecuali dalam keadaan darurat. Kalau boleh elok makan dulu sampai habis baru minum air.

Cara pemakanan yang baik dapat membantu proses penghadaman makanan dengan lebih elok dan mengurangkan udara masuk ke dalam tubuh badan kita ketika sedang makan. Kunyah makanan secara perlahan dan seeloknya tutup mulut ketika mengunyah dan hindarkan dari bersembang ketika sedang makan

Untuk minum air pula seeloknya kita tidak menggunakan Straw, ini kerana penggunaan straw dapat menyebabkan muka kita berkerut ketika menyedut air sama ada sedar atau tidak ia boleh menyebabkan wajah terlihat cepat tua

Perlu diingatkan juga bahawa tidak elok untuk kita kerap makan Chewwing Gum / Gula Gula Getah untuk menghindari dari lebih banyak udara masuk ke dalam tubuh badan

Bersenam secara teratur dan mengikut Rutin

Bersenam secara teratur dan mengikut rutin dapat menyihatkan tubuh badan kita dan dapat meringankan kentut dari mengeluarkan gas yang berlebihan

Perlu di pastikan juga untuk kita memastikan senaman itu tidak terlampau berat dan terlampau mengerah tenaga, ini kerana untuk membendung udara berlebihan masuk ke dalam tubuh badan kita

Anda wajib Tunggu entry yang selanjutnya untuk Alternatif  Moden dalam memerangi Kentut Busuk

Sekian Laporan saya pada entry kali ini

Wassalam



3 comments: