7 langkah mudah Tambah entri terbaru ke dalam Blog
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog saya. Saya doakan kepada pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rejeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.
Hari ini saya nak kongsikan dengan anda 7 Langkah Mudah untuk menambah entri terbaru ke dalam blog yang saya janji anda pasti berjaya melakukannya.
Berikut merupakan langkah-langkah normal seorang blogger mengemaskinikan blog mereka:
1. Pergi ke www.blogger.com
2. Login dengan menggunakan username dan password yang betul
3. Klik pada ikon pensel (warna oren)
4. Karang entri anda
5. Labelkan entri
6. Publish
7. Dan layari blog anda untuk melihat hasil post entri anda tadi.
Hanya 7 langkah mudah ini sahaja anda pasti berjaya menambah entri baru ke dalam blog. Sekarang saya akan perincikan 7 langkah mudah ini supaya anda lebih mudah memahami 7 langkah ini.
Langkah 1 : Blogger.com
- Pertama sekali, sekiranya anda sedang menggunakan Gmail yang username-nya tidak sama dengan account blogger anda logout dulu dari Gmail anda.
- Layari www.blogger.com. Anda akan dibawa ke laman yang meminta anda memasukkan usernam dan password anda.
- Saya sarankan untuk anda menggunakan Browser Google Chrome bagi aktiviti memblogging kerana ini dapat bantu anda supaya Google "pandang" aktiviti anda dengan blogging.
Langkah 2 : Log In
- Menggunakan username dan password yang anda gunakan, login seperti anda login mana-mana akaun email.
- Sekiranya berjaya, anda akan dibawa masuk ke laman utama Blogger.
Langkah 3 : Tambah Entri Baru
- Di laman utama Blogger, klik pada ikon pensel seperti yg ditunjukkan di gambarajah dibawah.
Langkah 4 - 6 : Karang dan Publish entri post anda
Jom kita tengok gambarajah di bawah
Langkah 7 : Semak
Selepas entri anda disiarkan ke blog anda dengan jayanya, anda akan dibawa ke laman yang memaparkan senarai entri-entri anda.
Di laman ini, klik pada butang View Blog untuk melihat blog anda seperti seorang pengunjung
Alhamdulillah
Selesai sudah 7 Langkah Mudah untuk menambah entri terbaru ke dalam blog. Jika anda rasa entri ini dapat bantu anda dan beri manfaat pada anda. Feel free to like and share :)
Selamat mencuba
0 comments: