4 Nasihat Kejayaan dari Pegawai Tentera

00:04 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya

Saya doakan kepada pembaca setia blog saya agar Allah permudahkan urusan anda, di beri kesejahteraan hidup dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Hari ini, saya nak kongsikan pengalaman saya bertemu dengan Pegawai Tentera yang memberikan nasihat kejayaan dan sekaligus mencungkil rahsia mereka berjaya dalam bidang mereka.

Ceritanya bermula begini.

From Strangers to Customer




Saya ada seorang kenalan di Facebook yang sering saya perhatikan kerana saya perasan dia antara likers tetap setiap kali saya update status ke wall saya. Nak dijadikan cerita, Allah buka pintu hati dia untuk PM saya di FB dan bertanyakan saya berkenaan dengan Shaklee.

Oleh kerana PM di FB agak Limited, kami berpindah ke whatsapp untuk sesi consultation

Selang beberapa hari, dia berjaya dapatkan dari saya Set Resdung dan Set Penambah Selera makan.

From Customer to Friend 




Di sebabkan dia ada Resdung sama macam saya, so kite orang decide untuk jadi geng Resdung mudah untuk saya pantau cara pemakanan suppliment dia dengan betul.

 Kami juga banyak bertukar info dan sharing, pada suatu hari dia mengajak saya untuk menghadiri sebuah seminar di sekitar kawasan Gombak.

 Saya kalau dengar pasal seminar ke apa memang saya suke dengar seminar lagi lagi jenis yang bermotivasi. Itu memang favourite lah kann jadi saya setuju dengan pelawaan dia.

Bertemu dengan 4 orang Pegawai Tentera



Pada malam semalam ( 26 / 1 / 2015 ) pada pukul 9 malam bermula la sesi seminar tersebut. Seminar yang bermula seawal pukul 9 malam ini tak ambil masa yang lama cuma dalam masa 1 jam 30 minit sahaja dah habis.

Di akhir seminar terdapat 1 sesi perkongsian dari 4 orang Pegawai Tentera dan 4 orang ini berkongsi dengan kami yang hadir pada malam itu. Menakjubkan apabila 4 orang Pegawai Tentera ini berkongsi Rahsia Kejayaan mereka dalam bidang mereka

4 Orang pegawai ini bukan Pegawai Tentera biasa, mereka ini sudah layak di panggil Otai kerana pangkat yang mereka pikul. Seorang berpangkat Mejar, Kolonel, Kapten dan seorang lagi Pegawai Bomba

4 Orang ini juga yang bertanggungjawab memberikan saya nasihat yang luar biasa untuk kita berjaya dalam bisness apa jua yang kita lakukan.

Nak tau 4 Nasihat Kejayaan yang mereka berikan ?

Jom kita layan..
Kelas sedang berjalan :)

4 Nasihat Kejayaan dari Pegawai Tentera untuk berjaya dalam Bisness


ok its time to Share
1. Nasihat Pertama Dari Seorang Mejar

Tiada Sebab Untuk Kita Tidak Berjaya

Mejar amat tekankan pada kami dalam sesi Sharing Nasihat beliau semalam bahawa jika kita ada 1 cabang atau lubang untuk berniaga dan kita yakin dengan Kekuatan Produk kita. Tidak perlu takut untuk kita berjaya malah Tiada Sebab untuk kita Tidak Berjaya.

Bagi saya pula, bila kita memulakan sesuatu kerja tu Tiada Sebab untuk kita tidak  menghabiskannya atau kata lain buat sekerat jalan.

When there's a will There's a WAY

2. Nasihat Dari Seorang Captain

Iklankan Diri Kita

Jika kita membuat sesuatu bisness tak kisah menjual produk ataupun sebagai agen dropship atau mana mana pengedar terutama dalam bidang Online. Kita WAJIB iklankan diri kita pada orang sekeliling kita. Kalau bukan kita yang iklankan diri kita siapa lagi kan ? Masa mengiklankan diri ni lah paling best sebenarnya sebab kita akan Create BRANDING kita tersendiri

Bila orang dah Cop muka kita dengan iklan kita tadi, kalau orang jumpa kita kat luar mesti dia akan ingat cara kita BRANDING diri kita secara online. Tak pasal pasal orang yang nampak kita tadi terus terjah kita nak tanyakan tentang Iklan yang kita dok promote tuh.

3. Nasihat Dari Pegawai Bomba

Jangan Malu untuk Berniaga

Kita memulakan suatu perniagaan yang bermodalkan RMXX untuk kita berniaga secara online atau offline sebagai agen. Kita juga lebih cenderung ke arah Online yang mana untuk tahun 2015 tahun Internet Marketing sangat meluas

Nasihat dari seorang Pegawai Bomba ini bagi saya sangat bagus

Oleh itu untuk berniaga, anda di sarankan buangkan perasaan Malu sejauh mungkin kerana kita berniaga kerana kita yakin akan Kekuatan Produk dan biasanya untuk jadi yang luar biasa. Kita perlu elak perasaan MALU dalam diri kita yang telah menjadi pengahalang untuk kita bertindak dengan lebih aggresive lagi.

Kalau kita tak ubah diri kita siapa lagi ?

4. Nasihati terakhir dari seorang Kolonel

Kekuatan Produk

Dalam banyak banyak tips yang saya dapat dari Pegawai Tentera, Tips paling menarik bagi saya ialah datangnya dari seorang Kolonel yang bakal bergelar GENERAL untuk masa akan datang. Beliau telah berkhidmat berbelasan tahun demi Negara Malaysia tercinta.

Tetapi

Beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja lebih awal sebelum beliau layak bergelar General. Beliau ambil keputusan untuk berhenti bekerja dari makan Gaji untuk meneruskan perniagaan yang beliau ceburi sekarang.

Beliau juga menekankan tentang Kekuatan Produk di mana jika kita sendiri menjadi agen sesebuah produk, kita perlu Gunakan dulu produk tersebut agar kita sendiri rasa kehebatan dan kekuatan produk pada diri kita.

Bila kita dah rasa Kekuatan Produk, kita lebih yakin untuk berkongsi dengan orang sekeliling kita dan lebih yakin juga untuk kita tingkatkan pendapatan kita.

Sebenarnya,

Banyak lagi tips - tips menarik dari Kolonel ni untuk kita berhenti kerja dan memulakan perniagaan dari modal yang kecil. Kalau saya nak beri semua dalam entri ini, ia akan menampakkan entri ini terlalu panjang berjela jadi kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Tips Pencen Muda Pencen Kaya, boleh dapatkan buku percuma yang di rumus khas dalam bentuk Ebook di link di bawah.


Sekian untuk perkongsian saya kali ini,

Jika anda rasa 4 Nasihat Kejayaan dalam Berbisness dari Pegawai Tentera ini beri manfaat pada anda. Saya alu alukan untuk anda kongsikan entri ini dengan klik butang share di bawah. Agar dengan perkongsian ini dapat bantu rakan rakan anda peroleh Nasihat untuk berjaya bersama

Wassalam

Eddi







0 comments: