Perintis Pakar Blog

16:40 Unknown 3 Comments

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera

Saya doakan kepada pembaca blog saya ini dimurahkan rejeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan Blog saya dari semasa ke semasa.

Baru baru ini pada tarikh 15 November yang lepas saya menghadiri workshop pakar blog yang di anjurkan oleh pakar blog En Arham Zulqarnaen bertempat di Wangsa Melawati.


Workshop yang mensasarkan hanya 20 orang sahaja dan kalau anda perasan pada gambar di atas ia bermula seawal pukul 9.30 pagi dan di jangka tamat pada pukul 5.00 petang. Tapi sifu kita ni pemurah tak kedekut ilmu langsung, kelas yang sepatutnya habis petang di lanjutkan hingga ke malam selepas isya. Boleh tengok pakar blog kita punya blog di Sini

Paling best part selepas pukul 5.00 petang tu, sifu Arham kita dia banyak sangat bagi tips pasal blogging and tips yang paling saya suka dia bagi kat kami masa tu ialah tips Seni Menulis dan dia banyak londehkan rahsia Master Maria Firdaus dalam seni menulis dalam blog mereka.

Selama ini dok usha je blog mariafirdaus.com.my tapi rasa macam ada something missing bila kaji blog Master ini. Tapi alangkah indahnya bila kita pergi workshop nak belajar jadi pakar blog and dia londehkan habis Seni Menulis yang Master saya pakai dalam blog mereka. hehe

* ilmu yang ada perlu di praktikkan nak kasi betul betul lekat kat otak *

Kenapa Perlu Belajar dari Pakar

Saya bekas pelajar jurusan seni kulinari di kolej PTPL Shah Alam, zaman study saya memang banyak gunakan masa belajar dekat kitchen so memang tak ada kene mengena dengan IT ini. Itupon ada laa 1 subjek IT yang dulu saya perna belajar masa study kt situ

Cuma IT yang saya belajar waktu itu tak ada laa advance, cuma basic basic untuk gunakan microsoft word, excell dan power point jer. Cuma pendedahan awal tu ada laa jugak dari abang saya yang memang pakar IT.

Kebiasaannya saya memang akan refer dekat dia untuk masalah masalah yang berkait rapat dengan IT ini. Cuma dalam dunia blogging ini saya masih sangat baru dan banyak lagi benda saya perlu belajar dari yang pakar.

tudiaaa pakar Blog kita

Belajar dari Pakar

Selepas selesai belajar dari workshop pakar blog ini saya dapat menyelesaikan beberapa isu yang selama ini saya tak dapat selesaikan dengan sendiri. Mungkin sebelum ini saya lebih kepada buat sendiri syok sendiri haa macam itu lah sampai satu tahap saya stuck dan tak boleh nak move on.

Apa yang saya dapat buat selepas balik dari belajar dari pakar blog ?

  • Saya dapat masukkan facebook like and share button secara auto
  • Saya dapat memaksimakan penggunaan Google+ untuk tarik traffic ke blog
  • Saya dapat lubuk Templates untuk blogger yang cantik dan pelbagai pilihan disediakan.
  • Nak yang berbayar punya template pon ada
  • Saya dapat selesaikan masalah auto page break pada setiap entry
  • Saya belajar susun atur Layout yang betul untuk blog nampak lebih kemas dan teratur
  • Saya dapat tips untuk gunakan Blog sebagai medium berbisness dengan lebih luas
Fokus dalam class bukan main fone yaa eddi. hehehe

#N3M dalam workshop Pakar Blog

Selain dari mereka yang ingin menambah ilmu tentang blogging ini, beberapa orang  dari ahli group N3M juga terlibat sekali dalam workshop ini. Bukan saya sahaja yang nak upgrade ilmu tapi ramai lagi yang di luar sana masih belum fasih menggunakan blog.

Silap silap boleh buat tagline untuk group N3M kami ini. hehe

N3M di manaaaa ?
N3M di mana manaaa !

N3M ini bagi saya group yang Havoc gilaa dalam MFMS, setiap kali pergi mana mana yang melibatkan kami group N3M mesti paling kecoh sekali. Lagi lagi part bergambar konpem happening habis di buatnya, tu nak makan tengah hari pon sempat selpi kat kedai makan.

Kalau duduk dalam dewan tu walau duduk berasingan antara lelaki dengan perempuan tapi mesti korang boleh locate group N3M ni sebab senang trace dia orang ini tak payah pakai waze. haha

Makan tengah hari ku yang di belanja oleh Nimbo King. Meh tengok blog dia Di Sini

Sebelum berjumpa Pakar

Before ini saya buat blog sendiri yang hanya di bantu oleh mr Google, asal stuck je pasal blog mesti akan ke google sebab konon jawapan semua ada dalam google. Sebagai contoh saya ada buat 1 entry khas untuk masukkan button like and share tetapi kelemahannya, saya perlu ikut steps yang sama setiap kali saya masukkan entry baru.

Kalau ada antara korang yang still tak dapat buat button like and share button secara auto boleh refer entri lama saya DI SINI. Dulu Saya selalu guna entry ini untuk refference saya setiap kali buat entry so dia agak leceh. Tapi nak buat macam mana ? Dulu bermentorkan google saja tu je laa jawapan yang ada kat google cuma saya dah ringkaskan dalam entry tu

Silap saya ketika itu, saya tiada Mentor yang pakar dalam Blog dan saya terpaksa langgar dinding banyak kali dalam blog ini. Hasilnya serabut blog saya di buatnya dan blog saya jugak tidak berapa kemas nak dibandingkan dengan mereka yang pakar blog.

Sebelum ini juga saya ada masalah dengan Page break, Setiap kali saya masukkan entri saya perlu "potong" sendiri entri saya tadi untuk kasi nampak ringkas pada muka hadapan blog. Kalau saya tak ''potong" maka entry tadi akan berjela jela ke bawah. Sampai satu tahap saya rasa Leceh sangat sebab kene "potong" setiap kali masuk buat entry baru. Buang Masa disitu

Blog lama Saya lupa nak print screen web version.. sob sob

Kalau anda perasan, dalam mobile version sahaja saya nampak blog saya teramat simple dan hanya menggunakan basic template. Ala kadar sahaja waktu itu, yang saya ubah cuma header dan bermain dengan warna untuk nampak lagi berseri. Konon jeee tu

Saya juga tidak pernah menggunakan Google+ sebagai salah satu cabang social network saya sebelum ini dan tak pernah langsung terfikir pentingnya Google+ dapat bantu mereka yang ada Blog. Before ini juga saya ada masalah untuk install template yang saya dapat dari google. Kalau dapat template pon mesti saya ada banyak sangat masalah untuk install template.

Masalah Selesai

Alangkah indahnya bila saya dapat menghadiri workshop pakar blog kerana saya dapat mempelajari banyak perkara asas tentang blog dan yang paling best saya lebih yakin nak usik coding dalam blog. Sebab saya dah faham di mana sepatutnya Coding itu ditempatkan kalau saya buat pengubahsuaian template.

Ini adalah blog yang saya create ketika dalam workshop. Boleh tengok Di Sini

Masa ini saya sudah dapat selesaikan masalah yang saya hadapi seperti yang diceritakan tadi, cuma saya belum cukup perkemaskan lagi blog saya pada waktu ini. Susun atur layout juga belum saya susun sebaiknya. Sebelum workshop kami berakhir, kami mendapat tugasan dari sifu kami untuk membuat sebuah lagi blog baru dan mempraktikkan ilmu beliau ke dalam blog baru.

Alhamdulillah ini hasil dari home work saya dalam mempraktikkan ilmu yang saya dapat

Saya berjaya install template dalam homework saya ke Blog asal saya

Saya juga sudah susun Layout sebaiknya mengikut dari ajaran Sifu Arham kita supaya blog saya nampak lebih kemas dari sebelumnya. Apa yang anda boleh lihat dalam blog saya sekarang ialah hasil dari Workshop Pakar Blog.

Paling best sekali saya tak perlu risau nak bubuh button like and share lagi pada setiap entry dan saya dapat banyak jimat masa saya dan tak perlu lagi saya jumpa mr Google. Kalau tidak asal ada masalah blog saja mesti terus taip " How to" " How to" " How to" berapa banyak How to saja belum cukup nak selesaikan masalah

Banyak lagi yang saya dapat selepas saya belajar dari Pakar Blog dan semestinya peluang yang saya dapat ini akan saya kongsikan kepada mereka yang hanya berada di team saya sahaja secara percuma. Kerana ilmu yang baik elok kita kongsikan bersama

Sekarang saya tak perlu refer Google lagi kerana saya sudah simpan kesemua nota yang saya belajar dari sifu saya dalam 1 file. Kalau satu hari nanti saya terlupa atau tertinggal mana mana part pasal Blog, saya cuma perlu buka semula file saya dan segala jawapan sudah tersedia di situ.

Pastikan jika anda hendak mengubah suai blog anda, dapatkan Mentor atau nasihat dari pakar supaya blog anda tidak perlu langgar dinding banyak kali seperti saya. Orang kata kalau berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita pon akan terkena tempias wanginya. Kalau kita nak jadi pakar perlu la cucuk rapat rapat dengan si Pakar.

Sekian sahaja Coretan saya sebagai Perintis pada Pakar Blog. Insyallah sifu kita dalam perancangan membuat advance class untuk kami dan mereka yang berada di luar sana. Kali ini dalam advance class kami akan di ajar lebih kepada Coding. Secara tidak langsung saya sudah jatuh cinta dengan Coding dalam blog ini.

-ME-
Perintis Pakar Blog


3 comments:

Pak Din Panas Merangup

16:45 Unknown 3 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya Doakan anda kaya dan berjaya di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Sedikit perkongsian saya untuk mereka yang berada di kawasan berhampiran Taman Melewar seperti di Taman Koperasi Polis, Kampung Padang Balang dan kawasan sekitar Gombak.

Korang pernah try tak Pisang Goreng Pak Din Taman Melewar, dia meniaga kat tepi jalan je and dia bukak almost setiap hari. Setakat ini saya tak pernah tengok Pak Din tutup kedai lagi, semata mata nak hadap panas terik hujan badai dia redah je berniaga. hehe

Semangat Pak Din dalam berniaga Pisang Goreng sangat tinggi dan saya suka sangat cara Pak Din bekerja kerana saya selalu peratiii je Pak Din Organize kerja dia. Apa yang saya belajar dari cara Pak Din berniaga ialah konsistensi beliau amat tinggi. Inilah rahsia Pak Din dalam berniaga hingga menyebabkan Pak Din tak berhenti menggoreng pisang akibat dari Rejeki beliau yang melimpah. Alhamdulillah



3 comments:

Burger Hilang di Taman Samudera

14:22 Unknown 7 Comments

Burger Hilang di Taman Samudera

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Kepada mereka yang berada di Taman Samudera, Gombak dan kawasan Sekitarnya especially bagi mereka yang menetap di Apartment Casmaria.

Sebelum ini saya pernah berniaga Burger Kukus jr (BKJR) di kawasan Taman Samudera, berhadapan dengan car wash dan deret dengan kedai Ayam Bakar di pintu belakang Apartment Casmaria. Orang Taman Samudera mesti lebih arif selok belok area sini

Lagi - lagi petang time orang balik kerja before balik rumah mesti singgah area sini cari snack petang, Pisang goreng, keropok lekor, Cekodok, Cakoi, Donut, Air Kelapa & Tebu, Cendol pun ada jugak. Haa yang suka merayap petang - petang tu mesti cari snack2 kan ? mesti korang tau tempat ni.



7 comments:

Saya adalah Pengedar Shaklee Gombak dan Sentul

00:10 Unknown 1 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sentul ! kau tunggu aku datang !

Kepada warga Sentul, Jalan Ipoh dan kawasan sekitarnya saya ada berita baik untuk dikongsi dengan anda. Memandangkan jarak dari Gombak menuju ke Sentul mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.

Masa zaman sekolah Teknik dulu, saya selalu jenguk ke Sentul untuk menghantar kawan saya balik ke rumah lepas habis sekolah. Zaman tak ada lesen pon bedal merayap jauh jauh. Oleh itu sedikit sebanyak saya faham selok belok dekat Sentul ni. hehe

Jadi saya membuat keputusan untuk memberi khidmat penghantaran percuma kepada anda yang berada di Sentul dan kawasan Sekitarnya.


1 comments:

Furious 7 - Official Trailer (HD)

10:01 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fast 7 Family
Sebuah Trailer dari tayangan Filem Fast and Furios yang dilancarkan pada 1 November 2014

Apa yang terjadi pada Han ( Sung kang ) pada Fast and Furios Tokyo Drift  akan dikupas dalam Furious 7

Jom Saksikan Trailer Furios 7 sebuah filemWajib Tonton kerana pastinya peminat Fast and Furious ternanti nanti akan sambungan dari Filem ini


0 comments:

Pengedar Shaklee Gombak Greenwood Wangsa Maju dan Kawasan Sekitar

13:35 Unknown 4 Comments

Pengedar Shaklee Gombak Greenwood Wangsa Maju dan Kawasan Sekitar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Kepakaran Saya

pin ! pinn !!

 

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Gombak, Setapak, Taman Samudera, Batu Caves, Batu Muda, Kampung Baru, Ampang, Chowkit, Bangsar dan kawasan sekitar Lembah Klang

4 comments: