kata pengguna Set Detox

10:31 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya. Saya doakan kepada pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rejeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Baru baru ini saya ada COD Set Pembakar lemak / Set Kurus Shaklee dengan seorang customer yang saya dapat mengejut dari whatsapp. Kebetulan pula saya berada di Shah Alam berjumpa dengan Ex Classmate saya masa zaman belajar dulu.

Usus yang kotor menyukarkan proses penyerapan Nutrien
Dalam Set Kurus Shaklee terdapat Alfafa, Herblax untuk detox bagi membersihkan usus dan memudahkan proses penyerapan Nutrien dalam badan. Anda boleh baca kisah selanjutnya di Sini ( Click Saya ) Lecithin dan Omega Guard pula bertindak sebagai pelarut minyak dalam makanan dan membakar lemak lemak jahat dalam badan.

Usus yang bermasaalah
Oleh Kerana saya berada di Shah Alam ketika itu dan  saya perlu COD Set Kurus Shaklee di area Subang. Saya perlu mendapatkan stok dan Branch terdekat ketika itu cuma HQ Branch Shaklee yang terletaknya berhampiran di bandar Sunway. Actually tak pernah sampai lagi pun HQ Branch Shaklee sebelah sini, biasanya kalau pergi ambik Stok pun dekat Branch Sri Rampai ja. hehe

First time pergi HQ dan disebabkan tak tau jalan, Waze je laa :)
Sesampainya di HQ Branch Shaklee terus cepat - cepat pergi ambik stok yang customer perlukan then nak terus tuju ke tempat yang kami janjikan untuk COD. 30 minit selepas dapatkan Stok di HQ branch Shaklee, Alhamdulillah saya berjaya COD kan Set Kurus Shaklee dan customer saya tadi sangat happy ketika dapatkan Set kurus Shaklee yang di order kerana terus sampai ke tangan dia. hehe

Balik dari itu saya terus consult customer saya cara makan Set Kurus Shaklee dan saya tekankan pada customer saya untuk memulakan dengan Detox dahulu. untuk info lanjut tentang Set Detox Sini ( Klik saya ) . 

Alhamdulillah saya dapat feedback dari customer saya yang sangat berpuas hati akan kesan Set Detox dan mereka rasa sangat seronok consume Set Detox ini kerana mereka sedar akan kepentingan penjagaan usus.
kata pengguna Set Detox 
Lagi seorang pengguna tegar Set Detox
Baru baru ini juga saya ada follow up dengan customer saya dan selepas dia menggunakan Set detox dan berpuas hati akan kesan yang Set Detox dapat bantu selesaikan masalah dia. Akhirnya dia ingin mendapatkan Set Detox untuk second round kerana stok dia juga hampir habis. Alhamdulillah dapat tolong mereka yang mempunyai masalah sembelit dan susah untuk membuang air besar dengan Set Detox

Jika ada antara anda yang ingin mencuba dan ingin mendapatkan Set Detox Shaklee serta semestinya untuk dapatkan konsultasi percuma seumur hidup dari saya. Anda boleh hubungi saya di talian yang tertera di bawah dan rebut juga peluang COD percuma di kawasan sekitar Gombak yang saya tawarkan pada anda.

Sedia Membantu 

Setiap pembelian produk Shaklee, saya akan berikan konsultasi secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak perlu risau mengenai cara pemakanan produk shaklee. Kesihatan anda adalah Keutamaan bersama jadikan Kesihatan kita sebagai Harta paling Berharga

Dengan Setiap Pembelian produk, Anda dijemput untuk menerima :-

Jadual makan Vitamin Secara Percuma
Konsultasi secara berterusan
Peluang menjana pendapatan bersama Shaklee ( Exclusive )
Belajar dari mereka yang terbukti berjaya ( Exclusive )
Menukar cara hidup dari Biasa Biasa ke Luar Biasa ( Exclusive )
Belajar menggunakan teknik "Jemput - Jemput" ( Exclusive )

Untuk mencuba dapatkan produk ini, Sila Hubungi saya di

Nama : Mohd Eddi
Call / Whatsapp / Telegram : 017 - 2277675
Shaklee ID : 1144616
Email : eddigigai@gmail.com
Facebook: sila klik saya


0 comments:

Nilai sekeping Note RM 1

11:16 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Saya doakan kepada pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rejeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat

Kenapa Perlu Berjimat ?




Semalam saya terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh pihak pemberita dari Singapura dan Brunei mengenai kejatuhan Ringgit Malaysia. Sebagai langkah untuk berjaga jaga kita perlu sentiasa sediakan payung sebelum hujan.

Rm1 Sekarang Dapat Apa ?

Nilai Rm 1 sekarang kalau kita pandai berjimat macam macam kita boleh dapat. Sebagai Contoh nilai Rm 1 yang sentiasa menjadi kegemaran saya ialah dengan membelanjakan Rm 1 untuk dapatkan 7 khasiat yang sama dalam 7 biji oren yang sudah di mampatkan dalam sebiji kapsul Vitamin C

Rm 1 sekarang boleh dapat 500MG vitamin C dalam sebiji kapsul. Kalau nak di ikutkan untuk dapatkan 500MG vitamin C saya perlu berbelanja dan makan 7 biji oren. kalau makan pagi dan malam before tido dah 14 biji dah kt situ. 7 biji sahaja belum tentu saya mampu habiskan.

Rm 1 untuk sebiji kapsul dan 1 botol vitamin C 180 tablet mampu tahan dalam 6 bulan. Semata mata nak cantik dan bekalan Collagen termurah untuk supply dalam badan. Saya rasa Vitamin C ini paling menjimatkan dan berbaloi baloi

Malam before tido untuk sedut Rose Hips yang sememangnya terkandung di dalam Vitamin C yang sememangnya baik untuk kecantikan dan kebaikan kulit pula. Boleh digunakan juga untuk bermasker ! so boleh rawat muka dari dalam dan luar badan kita

Tapi kalau anda terlibat dengan Resdung yang parah anda dinasihatkan untuk ( Click Saya ) dahulu untuk memerangi jenayah Resdung

p/s Badan kita tak boleh produce collagen dan Vitamin C secara semulajadi sebab tu kita perlu dapatkan bekalan Vitamin C untuk badan kita


Jom Terjah Vitamin C yang tengah Hot Promo ni

Saya Sedia Membantu

Untuk dapatkan nilai penjimatan hebat Vitamin C ini, anda boleh hubungi saya dan pastinya Setiap pembelian produk Shaklee, saya akan berikan konsultasi secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak perlu risau mengenai cara pemakanan produk shaklee. Kesihatan anda adalah Keutamaan bersama jadikan Kesihatan kita sebagai Harta paling Berharga

Dengan Setiap Pembelian produk, Anda dijemput untuk menerima :-

Jadual makan Vitamin Secara Percuma
Konsultasi secara berterusan
Peluang menjana pendapatan bersama Shaklee ( Exclusive )
Belajar dari mereka yang terbukti berjaya ( Exclusive )
Menukar cara hidup dari Biasa Biasa ke Luar Biasa ( Exclusive )

Belajar menggunakan teknik "Jemput - Jemput" ( Exclusive )




untuk mendapatkan Vitamin C ini, Boleh hubungi saya di no yang tertera di bawah


-ME-
Mr Orange


0 comments:

Cuci usus dengan Set Detox

19:49 Unknown 2 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya. Saya doakan kepada pembaca blog saya sentiasa dimurahkan rejeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat

Kenali maksud Detox


Detox adalah satu proses dimana proses pengeluaran atau pembuangan toksin yang berlebihan di dalam badan. Bila badan kita mengeluarkan toksin yang berlebihan ia akan memudahkan proses penyerapan Nutrien di dalam badan.

Detox juga berfungsi untuk membantu tubuh badan kita berfungsi dengan lebih baik dan untuk mengekalkan tubuh kita lebih sehat. Antara Organ organ utama badan kita yang bekerja dalam proses
Detox secara optimum ialah kulit, usus, hati, buah pinggang dan paru paru.

Organ Organ penting ini bekerja secara semula jadi dan akan menghapuskan toksin dalam badan dengan mengeluarkan peluh, kencing serta pembuangan air besar

Dari Mana Toksin Datang

Perhatikan Rutin harian kita semula

Toksin ini terhasil daripada Pemakanan seharian kita dan perkara ini tidak dapat dielakkan, cuma kita dapat meminimakan kemasukan Toksin kedalam badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan organik

Malangnya pada Zaman ini, kita jarang sekali mengamalkan gaya hidup sihat dan kita lebih terdedah kepada makanan yang tinggi kolestrol dan tentunya tinggi tahap Toksin. Hari ini, tahap Toksin lebih banyak diserap oleh badan berbanding dengan tahap penghapusan dan pengeluaran Toksin

Toksin berlebihan juga akan menyebabkan Kentut berbau busuk ! anda boleh baca kisah Kentut Berbau di Sini !


Waktu Badan Melakukan Detox Secara Semula Jadi

Jadual tubuh melakukan Detox

1. 9.00 p.m – 11.00 p.m malam hari adalah waktu paling sesuai untuk pembuangan zat-zat yang tidak berguna di bahagian sistem antibodi . Sepanjang waktu ini, kita harus berada dalam keadaan tenang dan lebih elok kita banyakkan berzikir untuk lebih tenang. Elakkan juga sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

2. 11.00 p.m – 1.00 a.m dinihari terjadi proses detoxin di bahagian hati

3. 01.00 a.m – 3.00 a.m dinihari proses detoxin dibahagian hempedu, ianya juga berlangsung ketika sedang tidur.

4. 3.00 a.m – 5.00 a.m dinihari terjadi detoxin dibahagian paru-paru, sebab itu kadang kita terbatuk pada waktu ini. Kerana proses pembersihan (detoxin) telah mencapai saluran pernafasan, maka kita tidak perlu minum ubat batuk agar tidak menggangu proses pembuangan kotoran. Seeloknya cukup sekadar mengambil secawan air mineral sahaja

5. 5.00 a.m – 7.00 a.m detoxin di lakukan dibahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan. Kalau ditahan boleh menyebabkan kentut berbau seperti yang diceritakan di entry lepas. Kisah Selanjutnya di Sini

6. 7.00 a.m – 09.00 a.m waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi kita harus makan time pagi / sarapan.

Kesan Toksin Berlebihan


Toksin yang berlebihan juga boleh menyebabkan toksik badan yang kronik dan akan menyumbang kepada beberapa penyakit Kronik seperti Obesiti, Kencing Manis, Kemurungan, Resdung, Kulit Muka Kusam, Jerawat, Stress dan ini dikaitkan kerana kurangnya Nutrisi dan bahan yang tidak diperlukan di dalam badan.

Dalam Keadaan ini tubuh badan kita akan kehilangan keupayaan semulajadi untuk menyingkirkan toksin dan bahan buangan. Pada ketika ini kita kehilangan keharmonian semulajadi dan keseimbangan tubuh badan kita

Kenapa Perlu Detox


Sepanjang saya hidup ini saya cuma kenal dengan nama Detox sahaja tapi tak pernah langsung ambil berat tentang toksin yang bertapa dalam badan. Kalau mengharapkan exercise je dulu memang tak laa nak exercise, Kalau bersukan pulak ada je alasan nak elak bersukan konon nanti penat laa, sakit badan laa, tak ada masa laa. Padahal Malas nak exercise, jangan cerita pasal bersukan lagi laa. haha

Tapi dalam pada masa sama mengharapkan badan bekerja dengan baik tanpa keluarkan peluh atau Detox secara semula jadi sahaja. Then kalau makan pulak, segala jenis makanan duk sumbat je kan tapi yang bestnya berat badan maintain je tak naik naik, badan jenis susah nak kembang macam tu laa. Sampai makan pon tak jaga kan. Fast Food ? itu antara makanan kegemaran saya dulu.

Akibatnya saya perasan bila usia saya semakin meningkat, badan saya jadi cepat letih, lesu dan sering mengantuk begitu juga di bahagian muka. Muka saya sentiasa kelihatan Kusam tak bermaya dan jerawat mula timbul waktu ini. Resdung yang sememangnya mula berjinak jinak dengan saya pada waktu ini, Semakin menunjukkan belang yang amat terukk dan saya mengalami Keradangan yang hampir setiap hari dan setiap pagi dan ianya sangat merimaskan

Hingga la pada suatu hari saya diberi ilham untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah saya. Kemudian selepas beberapa kali berblog walking baru saya jumpa sebab saya untuk mulakan langkah saya dengan Detox. Saya memulakan proses Detox untuk memerangi masalah Resdung saya pada waktu ini yang semakin teruk.

Bagi saya Detox ini penting bukan hanya untuk menyingkirkan Resdung tetapi bila kita mulakan langkah dengan Detox. Proses pembersihan usus dan toksin yang berada di dalam badan juga berlaku ketika ini. Dimana segala jenis Toksin - Toksin jahat yang selama ini bertapa di dalam badan, saya perlu singkirkan dahulu sebelum mengambil langkah untuk men "Suci" kan muka semula.

Detox ini juga sangat diperlukan kerana selepas proses pembersihan usus dan Detoxin, proses ini dapat membantu tubuh badan saya menyerap Nutrien dari apa jua jenis Supplement yang saya ambil kerana ia memudahkan proses penyerapan Nutrien ke dalam tubuh badan secara menyeluruh.

Alternatif Moden untuk Detox

Segalanya mula berubah selepas saya berjumpa dengan Set Detox Shaklee dan saya tidak perlu membuat air Detox kerana bagi saya, untuk membuat air Detox itu sendiri sudah mencuri masa saya. Jadi untuk elak kegiatan mencuri masa untuk membuat air Detox, saya lebih suka cara yang lebih cepat dan mudah alih dengan Set Detox Shaklee

Detox lebih mudah bila kita tahu caranya dan saya lebih suka Detox dengan bantuan Set Detox yang diberikan dalam membantu badan kita memproses Detoxin secara semulajadi. Set Detox ini juga antara Set kegemaran dalam Set Shaklee kerana rata ratanya sebelum mengambil Set Shaklee yang lain. Kami as a Distributor biasanya suggest Set Detox terlebih dahulu untuk kesan yang lebih menyeluruh demi membantu menyelesaikan masalah mereka.

Set Detox terbahagi kepada Alfafa Complex, Herblax, DTX Complex.


Kebaikan Alfafa Complex Shaklee

1.  Melawan Alahan - membantu mereka yang menghadapi masalah hidung dan kulit sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air

2. Klorofil di dalam Alfafa dipercayai dapat mencuci, menyembuh dan membuang toksin dalam darah

3. Bantu menurunkan kadar Kolestrol

4. Melancarkan Penghadaman

5. Bantu menstabilkan kadar gula dalam darah

6. Menghilangkan Kelesuan

7. Meredakan keradangan pada Kulit

Kebaikan Herblax Shaklee


Herblax Shaklee membantu merangsang pengecutan otot usus secara semulajadi. Ini membolehkan penyingkiran sisa sisa yang terperangkap dalam usus dan mengelakkan penyerapan toksin. Ia tergolong dengan adik beradik julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus

Herblax Shaklee juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, memerangi jerawat, melegakan sembelit, penyelesaian dalam entry Kentut Berbau dan memaksimakan fungsi Usus

7 herba semula jadi yang terlibat dalam penghasilan Herblax
  • Alfafa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati
  • Senna leaves - Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses Detoxin dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Anise Seed - Meransang Pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Blue Malva Flower - Membantu proses Detoxin dan mengimbangi tekstur kulit
  • Buckhorn Bark - Melembutkan Najis untuk memudahkan proses pembuangan
  • Fennel Seed - Mengeluarkan Toksin yang terkumpul akibat lelehan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit
  • Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
DTX Complex


DTX Complex shaklee menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi Hati yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Makanan kesihatan ini telah dihasilkan dari gabungan 6 Jenis herba terpilih dengan antioksida untuk mengekalkan sel sel hati yang sihat

  • Pokok Susu Tisel - Kaya dengan bahan antioksida
  • Schizandra Chinensis Seed - Memperlahankan pembentukan toksin
  • Cendawan Reishi ( Ling Zhi ) - Membina Immun
  • Dandelion - Membantu sebagai Julap lembut
  • Kunyit - Meningkatkan Kesan anti - keradangan 
  • Artichoke - Membina semula sel sel hati
Saya Sedia Membantu 

Setiap pembelian produk Shaklee, saya akan berikan konsultasi secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak perlu risau mengenai cara pemakanan produk shaklee. Kesihatan anda adalah Keutamaan bersama jadikan Kesihatan kita sebagai Harta paling Berharga

Dengan Setiap Pembelian produk, Anda dijemput untuk menerima :-

Jadual makan Vitamin Secara Percuma
Konsultasi secara berterusan
Peluang menjana pendapatan bersama Shaklee ( Exclusive )
Belajar dari mereka yang terbukti berjaya ( Exclusive )
Menukar cara hidup dari Biasa Biasa ke Luar Biasa ( Exclusive )
Belajar menggunakan teknik "Jemput - Jemput" ( Exclusive )


Untuk mendapatkan Set Detox ini, boleh Hubungi saya di ( Click Saya )

Nama : Mohd Eddi
Call / Whatsapp / Telegram : 017 - 2277675
Shaklee ID : 1144616
Email : eddigigai@gmail.com



2 comments:

Fakta tentang Kentut Busuk yang ramai orang tak tahu

00:20 Unknown 3 Comments

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Saya doakan kepada pembaca blog saya di murahkan rejeki serta di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Semoga perkongsian saya pada awal Disember 2014 ini dapat memberi manfaat pada anda serta saya harap dengan ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu menyelesaikan kebingungan anda tentang masalah Kentut Busuk

Kenali Maksud Kentut / Buang Angin


aroma kentut yang berbau amat padu

Kita seringkali buang angin / Kentut tapi pernahkah kita terfikir kenapa perlu kentut ? Bagaimana ia boleh terhasil ? adakah kentut sekadar membuang angin dan kenapa kentut kita berbau ?

Kentut / Buang Angin terhasil disebabkan oleh udara yang terperangkap dan udara yang mampat  datangnya dari pelbagai sumber. Sebahagian sumber udara yang terperangkap ini terhasil daripada faktor mengunyah semasa kita sedang makan dan menelan udara ketika kita sedang makan.

Gas akan meresap kedalam usus kita daripada darah dan untuk pengetahuan anda, terdapat juga gas yang dihasilkan oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam usus kita.


9 Fakta tentang Kentut 

1. Kentut terdiri daripada 59 % Nitrogen, 21 % Hidrogen, 9 % Karbon dioksida, 7 % Metana dan 4 % oksigen. Hanya 1 % daripada penghasilan kentut yang mengandungi Sulfur, dan Sulfur adalah bahan utama yang membuatkan Kentut berbau.

2. Kentut mengeluarkan bunyi melalui getaran rektum. Kekuatan ini mungkin berbeza mengikut kepada tekanan dan kekuatan otot sfinker. so tak boleh jugak kalau kita dok Pushh kentut tu keluar sangat konon nak bagi berbunyi ntah ntah nanti benda lain yang keluar pulakk. hehe

3. Lebih banyak pengambilan makanan yang tinggi tahap sulfur tersebut lebih berbau padu lah gas yang keluar itu. Seeloknya kita kurangkan makan makanan yang ber Sulfur tinggi ini terutama pada kacang, kubis, keju, soda dan telur. Ini antara punca utama dalam faktor pemakanan kita yang membantu mengeluarkan kentut yang berbau

4. Rata rata kita menghasilkan setengah liter kentut setiap hari, walaupun ramai golongan wanita di luar sana tidak akan sama sekali mengaku mereka kentut sekerap lelaki. Lelaki lebih selesa mengentutkan diri di mana mana tapi mengikut kesesuaian tempat berbanding wanita yang "sorok" kentut mereka.

Malah Kajian mengatakan apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita lebih cenderung untuk mengeluarkan kentut yang lebih pekat berbanding lelaki

5. Biasanya Manusia akan kentut lebih kurang 14 kali sehari secara purata. Cuba kira dalam sehari berapa kali kita kentut

6. Jika anda kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan dan gas yang terhasil impaknya sama seperti tenaga bom Atom.

7. Sesetengah Pakar berpendapat bahawa kentut adalah sebahagian dari sistem pencernaan semulajadi anda dan menahan kentut tidak memudaratkan. Tetapi ada juga pendapat mengatakan menahan kentut akan mengakibatkan perut kembung, perut sebu dan paling teruk adalah Buasir

8. Gas Metana dan Hidrogen yang terhasil ketika sedang kentut adalah Flammable ! Pernah tengok tak any jokes yang gunakan kentut as a medium untuk keluarkan api sebagai keseronokkan ? bagi saya ianya amat merbahaya

9. Kentut akan keluar secara semulajadi meskipun dalam tidur. Ada juga kes yang tengah tidur dia ingat dia kentut tapi lain yang keluar pon ada. hehe

muka tak bersalah

Kentut sememangnya berbau tapi perlu kita ketahui juga ada beberapa faktor yang menyebabkan mengapa kentut yang kita keluarkan itu beraroma menusuk kalbu. hehe

Kebiasaanya tabiat pemakanan seharian kita memainkan peranan penting dan penyebab utama mengapa kentut kita berbau. Namun jangan khuatir kerana di akhir penulisan saya, saya akan memberi jalan mudah untuk anda mengelakkan kentut anda dari tidak berbau.

Penyebab Kentut Busuk yang Ramai orang tak tahu

Perut terlampau Kenyang dan Ingin membuang air besar

Ketika kita makan dalam kuantiti yang lebih dari sepatutnya, kapasiti perut kita akan berada di tahap terlampau kenyang. Maka perut akan lebih cepat meneutralisi lebihan makanan ke dalam tubuh dan ketika proses ini berlaku tak semua yang kita makan tadi terhadam dengan sepenuhnya. Sisa yang tertinggal ketika proses ini akan menukarkan sisa makanan kepada toksin

Salah satu Cara untuk membuang Toksin atau sisa makanan ialah dengan mengeluarkan dalam bentuk kotoran. Akibatnya orang yang kekenyang lebih kerap buang air besar dan disertai juga dengan melepaskan kentut yang berbau.

Brokoli

Kebiasaannya jika kita makan Brokoli, tubuh kita agak sulit untuk mencernakan brokoli tersebut. Akibatnya makanan akan lebih lama tersekat di dalam usus dan akan menciptakan lebihan gas kentut yang berbau akibat dari Kandungan seratnya yang tinggi.

Daging

Kerap memakan daging lembu kebiasaanya akan menciptakan kentut yang berbau, ini kerana perjalanan daging untuk di hadam mengambil masa yang lama hingga proses pencernaan pun akan menjadi lambat dan pengumpulan gas berbau akan terhasil di sini.

Telur

Telur yang kaya dengan protein juga adalah salah satu penyumbang terbesar terjadinya kentut berbau

Kekacang

Jika Telur dan Daging menjadi punca untuk kentut berbau, Kekacang pula ibarat Volume pada kentut tersebut. Ade yang nak try makan kekacang lebih ? mana tau nak test Volume Kentut tu. hehe

Cara untuk memerangi Kentut Busuk

Ubah tabiat dan cara Makan

Kalau ada diantara kita yang makan secara terburu - buru, Makan Berdiri, ataupun sambil berjalan ia boleh menyebabkan perut kembung dan memampatkan gas dalam perut. Begitu juga minum air ketika makan kecuali dalam keadaan darurat. Kalau boleh elok makan dulu sampai habis baru minum air.

Cara pemakanan yang baik dapat membantu proses penghadaman makanan dengan lebih elok dan mengurangkan udara masuk ke dalam tubuh badan kita ketika sedang makan. Kunyah makanan secara perlahan dan seeloknya tutup mulut ketika mengunyah dan hindarkan dari bersembang ketika sedang makan

Untuk minum air pula seeloknya kita tidak menggunakan Straw, ini kerana penggunaan straw dapat menyebabkan muka kita berkerut ketika menyedut air sama ada sedar atau tidak ia boleh menyebabkan wajah terlihat cepat tua

Perlu diingatkan juga bahawa tidak elok untuk kita kerap makan Chewwing Gum / Gula Gula Getah untuk menghindari dari lebih banyak udara masuk ke dalam tubuh badan

Bersenam secara teratur dan mengikut Rutin

Bersenam secara teratur dan mengikut rutin dapat menyihatkan tubuh badan kita dan dapat meringankan kentut dari mengeluarkan gas yang berlebihan

Perlu di pastikan juga untuk kita memastikan senaman itu tidak terlampau berat dan terlampau mengerah tenaga, ini kerana untuk membendung udara berlebihan masuk ke dalam tubuh badan kita

Anda wajib Tunggu entry yang selanjutnya untuk Alternatif  Moden dalam memerangi Kentut Busuk

Sekian Laporan saya pada entry kali ini

Wassalam



3 comments: